Friday, November 22, 2013

Pinjaman Kecil dan Pinjaman Besar

Rakan-rakan FB rasanya mengetahui yang saya telah membeli rumah apartmen Suria Raflessia, Setia Alam yang merupakan pembelian terakhir saya untuk tahun ini. Tahun 2013 ini merupakan tahun yang sukar lagi mencabar dan saya bersyukur sangat-sangat kerana dapat juga melengkapkan kuota belian paling minimum, iaitu dua buah rumah dalam setahun.

Alhamdulillah pinjaman Suria Raflessia saya telah diluluskan. Tiada benda yang menarik untuk dikongsikan semasa proses mencari loan ini. Saya cuma memohon daripada satu bank sahaja, bukan kerana terlalu yakin tetapi dua lagi bank yang menjadi panel untuk projek ini tidak berapa saya gemari.

Agak terkilan juga dengan layanan pihak bank. Saya andaikan pinjaman untuk rumah ini (di bawah 200k) sebagai pinjaman kecil. Secara kasarnya, banker akan dapat 2% komisyen daripada jumlah pinjaman. Mungkin jumlahnya hanya dicelah gigi mereka tetapi tak bolehlah melayan bakal peminjam secara sambil lewa sahaja.

Satu lagi saya memang tak berapa apply loan pada akhir tahun ni. Kebanyakkan banker dah cukup kuota dan ready nak bercuti sahaja.

Kisah Bank 2 dan Bank 2

Bank 1 - saya memang telah sediakan 2 set dokumen lengkap untuk pinjaman. Kalau bank 1 sangkut, mungkin bank kedua boleh lepas. Saya telefon banker untuk serahan dokumen malangnya disuruhnya e-mail sahaja. Dinyatakan kepadanya juga yang saya dah fotostat semua dokumen-dokumen itu, dimintanya pula untuk scan. E-mail pun tak bagi, kita pula yang kena sms minta e-mail dia. Enough is enough...saya terpaksa abaikan sahaja bank ini. Takkan perigi nak cari timba pula.

Bank 2 - tiada pilihan lain, saya terpaksa menggunakan taktik yang biasa saya buat...saya call 100% dalam Bahasa Inggeris, kalau ada slang US lagi bagus. Saya cari bank yang berdekatan dengan pejabat Sunsuria dan hantar borang permohonan pinjaman. Dokumen telah lengkap, cuma saya tidak sertakan offer letter pinjaman-pinjaman perumahan saya sebelum ini. Bila kita call baru nak kata dokumen tak lengkap. Seminggu lepas tu senyap, bila kita call katanya dah dua hari pinjaman diluluskan. Bara je rasanya.

Berbeza dengan pinjaman besar saya sebelum ini, seminit lepas dapat kelulusan banker terus call. Sebelum diluluskan pula itu, setiap 2 hari call bagi update terkini. Free gift pun banyak.

Entahlah kenapa ada double standard macam ni.

4 comments:

salfhi said...

Nasib la dok kt msia ni.. Customer bknnya king pd tiap masa

salfhi said...

Nasib la dok kt msia ni.. Customer bknnya king pd tiap masa

dzirhans said...

Yes..betul sangat tu..

Kalau DSR teruk lagi kena presslah customer tu.

Nadot said...

Kalau saya la yang mampu beli rumah2 tak brape nak mahal, lagi teruk kot kene layan dari ni... haiishh...