Tuesday, December 31, 2013

Cabaran & Cita-Cita 2014

Mengimbau kembali catatan akhir 2013 di SINI. Suka ataupun tidak, umur tetap meningkat dan ditambah pengalaman yang sedia ada, kita harus terus memikir ke depan, dengan objektif kehidupan yang lebih baik dan persekitaran kondusif dalam kehidupan sekeluarga. AMIN.

Tahun 2014 ini merupakan tahun yang SENYAP bagi aku. Dengan balance kuota beli rumah yang tinggal tak seberapa tu, mungkin sebiji rumah undercon sahaja yang boleh aku beli tahun ini.

Kriteria rumah-rumah itu pula sangat ketat seperti berikut:

a) Rumah apartmen undercons berharga di bawah RM250k dengan harga psf adalah < RM350.
b) Mix development berdekatan dengan jaringan MRT.
c) Rumah landed daripada developer tersohor berharga kurang daripada 500k.

Ataupun rumah yang aku boleh jadikan homestay.

Sunday, December 29, 2013

Chemara Hills, Seremban by Sime Darby

Ada SMS teet..tetttt:

Sime Darby Property : Come preview Chemara Hills. Modern Spacious Superlink 24 x 80 @ Seremban 28 Dec 2014 9am - 12 pm. Visit our show unit. Call 06-7687688.

Tengok perkataan "HILL" rasanya memang tip-top lokasinya. Macam berminat sebab repeat buyer Sime Darby ada harapan dapat 2% rebate. Kalau harga dalam 500k++ bolehlah diconsiderkan.

Bila call....harganya > 700k intermediate, oppsii rumah Seremban pun dah lebih kurang murah sikit je daripada KL sekarang ni.

Saturday, December 28, 2013

Market Lintang Pukang Pada Akhir 2013

Bagai telah diduga, 3 bulan terakhir 2013 penuh dengan penurunan drastik harga rumah. Hal ini demikian disebabkan penawaran yang bertambah dan jualan tergesa-gesa bagi mengelakkan RGPT 30%. Kenyataan ini bukan sekadar teori kosong yang dimomokkan oleh orang yang tiada rumah untuk dijual tapi berkompang cerita sana-sini mengeluarkan teori sendiri. Dalam kes sebegini semua orang boleh beri pendapat untuk kepentingan sendiri, sebaiknya tunjukkanlah kes study anda dan kebenaran pasti terserlah.

Pengalaman merasai sendiri keadaan kritikal bulan Oct - Dec 2013 pastikan takkan sama dan sangat mendebarkan. Aku bercakap bagi rumah aku sendiri yang targetnya nak jual tahun ini. Malangnya aku tak jumpa lagi replacement yang berkenan, tu yang dok bertangguh-tangguh nak jual rumah ini. Prinsip aku mudah, kalau aku tak jumpa rumah yang nak dibeli, aku tak akan jualkannya..

Mari kita lihat pergerakkan harga rumah aku ni:

a) Pada bulan Dec 2012 - harga yang ditawarkan adalah 625k. Seorang sahabat hampir menyerah kalah dengan harga 628k.
b) Bulan Jan - May 2013 - harga masih berlegar-legar pada 640k - 655k.
c) Jun 2013 (bulan sebelum pengumunan budget) aku mendapat offer harga paling tinggi 675k, hampir tertewas juga masa tu. Aku masih 50-50 tapi ejen pandai2 cakap aku setuju dan buyer dah nak sign LOI.
d) Oct 2013 - Offer tertinggi adalah 680 - 690k. Masih lagi berkira-kira sebab yakin harga akan naik 700k.
e) Nov - Dec 2013 - Market panik dan supply menjadi luar biasa banyaknya. Transacted price sekarang turun secara drastik kepada 660 - 670k. Panggilan daripada ejen menjadi sangat kurang disebabkan permainan buyer yang sangat berkati-hati. Permainan psikologi, tahap bertahan yang kuat menjadi semakin penting.
f) Jan 2014 - COLD market, penawaran menjadi kurang sebab seller tak nak bayar RGPT 30%.
g) March - Jun 2014 - harga akan naik balik.....harapannya menjadi lebih 700k.

Monday, December 16, 2013

Foto Passport Berlatar Belakangkan Warna Biru

Dijangkakan aku akan bekerja di luar Malaysia 3 kali pada tahun ini. Kedengaran macam best tapi sebenarnya merupakan tanggungjawab yang besar. Aku suka jer kalau keluar negara attending workshop atau training tapi tersangatlah tak best bila kita yang kena bagi training or workshop.

Passport aku dah tinggal 6 bulan nak expired dan kenalah renew. Process renew ni sekarang dah advance, kita cuma bawa foto, duit RM300 (kalau nak renew 5 tahun) dan juga bawa passport lama. Satu jam passport dah siap.

Aku dah siap-siap ambik gambo malam tu di kedai gambo feveret (sebab gambo dia akan diphotoshopkan supaya kita nampak 10 tahun lagi muda) dan queue awal-awal sebab kaunter buka pukul 7.30am. Sampai pintu masuk orang dah ramai dan aku dapat no 45!!??#.  OMG rupa-rupanya bukan beli rumah je nak kena queue awal2.

Sampai turn aku, orang kaunter tu cakap, "Encik kena ambik gambo dengan background PUTIH...boleh ambik gambo kat kedai hujung sana". Hmm terfikir aku bila pulak dia tukar background putih ni. Kenapalah kedai gambo muda 10 tahun tu pun tak up to date dengan info ni, ..melayang RM10.



Friday, December 13, 2013

Kerana E-Mail Badan Binasa

Mungkin apa yang berlaku hari ini boleh menjadi pengajaran buat semua. Sia-sia aku cari pasal yang tak sepatutnya hari ini. Pastikan setiap kali anda baca 2 kali e-mail sebelum tekan SEND item.

Dalam pada rutin kita bekerja memang akan ada orang yang susah sangat nak deal with. Aku panggil dia ni "difficult person (DP)". Kita buat ini, dia nak itu, kita bagi ni, dia nak benda lain.. semuanya serba tak kena. Give up jugak lama2 dibuatnya.

Tetiba hari ini aku dapat e-mail "excellent" daripada DP ni. Nama dia Ellese from BA. Sejarah tercipta, tak pernah orang dapat e-mail excellent daripada dia. Memang kena framekan e-mail dia ni.

--------------------------------------------------------------------------
EMAIL 1 daripada Ellese

Hi Adam,
Excellent...! I didn't word my request very clearly. I'm writing instructions on this to leave behind.
How should we request this? Timing was never set to immediate.

---------------------------------------------------------------------------
Dapat unusual e-mail di atas, apalaga terus aku forward to my BOSS

EMAIL 2 yang aku hantar.

Boss,
I've got "EXCELLENT" feedback from business and surprisingly it came from Ellese....!!

Rgds,
Adam Dzirhan

-----------------------------------------------------------------------------
Malanglah sangat instead of sending the e-mail to my BOSS..rupa2nya recipient to ELLESE. Mau terjun lombong rasanya masa tu lepas click button send.

Macam-macam cara aku cuba untuk tarik balik e-mail tu sebelum sempat ELLESE baca. Sebab ELLESE dekat BA so ada lebih kurang 12 jam time different.

-----------------------------------------------------------------------------

Usaha tidak berhasil sehinggalah aku dapat e-mail daripada ELLESE..seram sejuk aku nak baca...

-----------------------------------------------------------------------------

Adam!?!

Is that a compliment?? I know I ask alot......and often...Your note made me chuckle...Thanks again.

Regards,
Ellese.

-------------------------------------------------------------------------------

Pergh tarik nafas 100 kali aku dapat e-mail ni. Terus aku chat dengan dia to say sorry. Dia kata OK sebab dia tahu orang semua tak suka dengan dia...oppsss dia tahulah agaknya aku pun tak suka dia...

Thursday, December 12, 2013

Syarat Pinjaman Perumahan

Mungkinkah anda mengalami masalah yang sama? Kelulusan pinjaman perumahan mestilah disertai dengan pakej-pakej yang tidak dikehendaki di bawah. Malas nak berdalih lagi, ikutkan sahajalah rentak banker pada akhir tahun ini:

a) Membuka akaun simpanan atau akaun semasa bank berkenaan.

- justifikasi kena subscribe "direct debit" untuk bayaran ansuran bulanan.

- kalau ada 4 housing loan bank yang berlainan, kena buka 4 akaun bank.

- sebab itu aku malas nak apply loan bank pelik2 dah. Sebabnya malas nak maintain banyak2 akaun.

b) Kena apply Card Credit. Aku memang pantang dengan Credit Card. Pantang nampak asyik berbelanja tak ingat dunia. Terbaru balik kerja tengok post box ada Crdit Card sampai VISA Platinum Islamic dengan credit limit 45k. Wowowowo boleh bayar deposit rumah dengan jumlah sebanyak itu.

c) Dijangkakan akan ada telemarketeer telefon nak jual insuran nyawa pulak. Yang ni boleh tolak sebab insurans nyawa dah ada.


Tuesday, December 3, 2013

Kenapa Tuan Beli?

Banyak-banyak soalan, inilah soalan yang popular sekarang ni yang masuk menembusi kotak "Mesej Persendirian" FB aku. Kenapa Tuan beli Suria? Bagi mereka yang masih kekurangan idea mari kita lihat isu-isu di bawah ini secara reversed psikologi yang sedikit sebanyak menjadi faktor yang telah menyebabkan aku membeli rumah ini.

a) Over-Supply
Sebelum Suria apartmen ini siap, apartmen-apartmen lain yang bernama Seri-Seri yang lebih besar itu dan berkeluasan 800sqt++ & 900++sqt akan VP dahulu. Jumlahnya lebih kurang 3800 unit. Ditambah Suria ni, jumlahnya menjadi 4600 unit. Bolehkah market Setia Alam absorb jumlah rumah sebanyak ini? Mungkin bermandi darah juga nak lawan Seri-Seri apartmen yang jaraknya hanya ~400m tu dari Suria tu.

b) Harga yang mahal.
Harga Seri-Seri yang lebih besar itu adalah kurang daripada 300psf. Suria pula berharga lebih mahal iaitu 333psf. Kita ambil contoh Seri Jati berharga ~155k untuk keluasan 820sqt. Harga psf pada masa itu hanyalah 190psf.

Okay kita tengok pula harga market sekarang, Seri Jati dalam mudah dijual pada harga 270/280k bermaksud lebih kurang sama harga dengan Suria. Tetapi Seri Jati hampir siap manakala Suria kena tunggu 3 tahun lagi?

Fikir-fikirkan...