Tuesday, December 31, 2013

Cabaran & Cita-Cita 2014

Mengimbau kembali catatan akhir 2013 di SINI. Suka ataupun tidak, umur tetap meningkat dan ditambah pengalaman yang sedia ada, kita harus terus memikir ke depan, dengan objektif kehidupan yang lebih baik dan persekitaran kondusif dalam kehidupan sekeluarga. AMIN.

Tahun 2014 ini merupakan tahun yang SENYAP bagi aku. Dengan balance kuota beli rumah yang tinggal tak seberapa tu, mungkin sebiji rumah undercon sahaja yang boleh aku beli tahun ini.

Kriteria rumah-rumah itu pula sangat ketat seperti berikut:

a) Rumah apartmen undercons berharga di bawah RM250k dengan harga psf adalah < RM350.
b) Mix development berdekatan dengan jaringan MRT.
c) Rumah landed daripada developer tersohor berharga kurang daripada 500k.

Ataupun rumah yang aku boleh jadikan homestay.