Monday, December 16, 2013

Foto Passport Berlatar Belakangkan Warna Biru

Dijangkakan aku akan bekerja di luar Malaysia 3 kali pada tahun ini. Kedengaran macam best tapi sebenarnya merupakan tanggungjawab yang besar. Aku suka jer kalau keluar negara attending workshop atau training tapi tersangatlah tak best bila kita yang kena bagi training or workshop.

Passport aku dah tinggal 6 bulan nak expired dan kenalah renew. Process renew ni sekarang dah advance, kita cuma bawa foto, duit RM300 (kalau nak renew 5 tahun) dan juga bawa passport lama. Satu jam passport dah siap.

Aku dah siap-siap ambik gambo malam tu di kedai gambo feveret (sebab gambo dia akan diphotoshopkan supaya kita nampak 10 tahun lagi muda) dan queue awal-awal sebab kaunter buka pukul 7.30am. Sampai pintu masuk orang dah ramai dan aku dapat no 45!!??#.  OMG rupa-rupanya bukan beli rumah je nak kena queue awal2.

Sampai turn aku, orang kaunter tu cakap, "Encik kena ambik gambo dengan background PUTIH...boleh ambik gambo kat kedai hujung sana". Hmm terfikir aku bila pulak dia tukar background putih ni. Kenapalah kedai gambo muda 10 tahun tu pun tak up to date dengan info ni, ..melayang RM10.



3 comments:

salfhi said...
This comment has been removed by the author.
salfhi said...

Last year msh background biru.. Harap pihak imigresen bg notis kpda pesatuan kdai gmbr satu msia

rohaniah noor said...

hehehe.. terpaksa la tangkap gambar baru