Tuesday, December 3, 2013

Kenapa Tuan Beli?

Banyak-banyak soalan, inilah soalan yang popular sekarang ni yang masuk menembusi kotak "Mesej Persendirian" FB aku. Kenapa Tuan beli Suria? Bagi mereka yang masih kekurangan idea mari kita lihat isu-isu di bawah ini secara reversed psikologi yang sedikit sebanyak menjadi faktor yang telah menyebabkan aku membeli rumah ini.

a) Over-Supply
Sebelum Suria apartmen ini siap, apartmen-apartmen lain yang bernama Seri-Seri yang lebih besar itu dan berkeluasan 800sqt++ & 900++sqt akan VP dahulu. Jumlahnya lebih kurang 3800 unit. Ditambah Suria ni, jumlahnya menjadi 4600 unit. Bolehkah market Setia Alam absorb jumlah rumah sebanyak ini? Mungkin bermandi darah juga nak lawan Seri-Seri apartmen yang jaraknya hanya ~400m tu dari Suria tu.

b) Harga yang mahal.
Harga Seri-Seri yang lebih besar itu adalah kurang daripada 300psf. Suria pula berharga lebih mahal iaitu 333psf. Kita ambil contoh Seri Jati berharga ~155k untuk keluasan 820sqt. Harga psf pada masa itu hanyalah 190psf.

Okay kita tengok pula harga market sekarang, Seri Jati dalam mudah dijual pada harga 270/280k bermaksud lebih kurang sama harga dengan Suria. Tetapi Seri Jati hampir siap manakala Suria kena tunggu 3 tahun lagi?

Fikir-fikirkan...