Tuesday, January 7, 2014

Pengiraan dan Penerangan Lengkap RPGT 2014 (PART 1) vs Cabaran Berdepan Lawyer Sengal

Di atas tanggungjawab sosial kepada semua pembaca, saya akan cuba menerangkan selengkapnya proses berkenaan dengan RPGT. Penerangan ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri yang telah beberapa kali menjual rumah serta pengalaman pahit manis untuk dikongsi bersama berhadapan dengan pegawai-pegawai LHDN, pembeli rumah serta loyer.

(disclaimer - sila call LHDN jika terdapat penerangan yang mengelirukan dan saya tidak bertanggungjawab di atas segala kerugian tuan puan)

Saya tergerak hati untuk menulis berkenaan RPGT ini disebabkan urusan jual beli rumah terakhir saya baru-baru ini yang rumit dibantu dengan lawyer yang memang hebat kesengalannya. Harapan saya agar tuan-puan mendapat sedikit ilmu dan tidak kerugian seperti saya. Kerugian dianggarkan dalam 10k.

Untuk newbie - RGPT adalah cukai yang dikenakan penjual ke atas jualan harta-tanah mereka dalam tempoh masa yang tertentu.

Aspek pertama yang penting dan perlu diambil perhatian adalah timing.

a) Bagi yang gunakan lawyer - yuran perkhidmatan RM300-RM350 biasanya dikenakan.

b) Kita boleh juga menghantar semua borang-borang (berkenaan RGPT) sendiri ke LHDN. Dah jimat kat sini. Pastikan borang dihantar di tempat yang sama dengan pejabat LHDN cukai pendapatan kita.

Dalam kebanyakkan proses permulaan jual-beli, pengiraanya adalah seperti di bawah.

Katakan anda jual rumah 100k.

1. Booking 2% atau 2k (kadang-kadang 3%) adalah untuk komisyen ejen.

Baki 8% masa sign SPA yang dibayar oleh pembeli dapat dibahagikan seperti berikut:

2. 6% atau 6k adalah untuk penjual

3. 2% atau 2k adalah untuk diremitkan kepada LHDN

- sebenarnya penjual hanya mendapat 6% sahaja dalam proses awal jual beli di atas.

*peringatan - kena jaga timing masa remitkan duit 2% kepada LHDN. Masa yang ada hanyalah 60 hari daripada tarikh SPA. Kalau anda atau lawyer tak bayar 2% ini, penalti kenaikkan cukai adalah tambahan 10%.

* sila minta salinan resit sekiranya bayaran adalah melalui loyer. Dapatkan juga "tarikh penerimaan dokumen" sebab kadangakala loyer sengal ni, hantar borang beberapa kali sebab kena kena REJECT (sebab tak complete). Kepentingan tarikh penerimaan dokumen akan diterangkan dalam Part 2.

* kalau ada masa, cuba dapatkan salinan borang CKHT daripada loyer sebelum dihantar kepada LHDN. Pastikan semua tolakkan yang dibenarkan (yang ada resit) semuanya ditulis di dalam tu. Tolakkan2 ini akan diterangkan dalam Part 2.

* sila dapatkan juga nombor telefon direct line RPGT LHDN and pegawai yang handle file kita.

bersambung di Part 2



3 comments:

salfhi said...

Can't wait 4 d next part.. X pnh lg topik ni d hurai secara dtail mcm ni kt blog prop yg lain..

MySham said...

kalau kena penalti dgn LHDN disebabkan 'kesengalan' lawyer, cubalah argue mintak lawyer tanggung caj tu..

MySham said...

kes saya sekarang...jual rumah kena RPGT. mula2 nak bayar...lepas tu congak balik..mohon pengecualian cukai 1x yang diberikan