Thursday, January 9, 2014

Pengiraan dan Penerangan Lengkap RPGT 2014 (PART 2)

Kalau diikutkan terlalu banyak senario-senario memeningkan yang berkaitan dengan borang CKHT ini. Antaranya kes-kes seperti di bawah ni:

a) Macammana kalau SPA tu ada 2 nama?

- dalam kes ini kena isi 2 borang CKHT, amaunnya semua bagi 2.

b) Macamana dah bayar 2%, tetiba jual beli kensel?

c) Macamana pula kalau dah bayar 2% tetiba nak mintak exemption yang sekali seumur hidup tu.

d) Macamana kes buyer nak naikkan harga SPA?

e) Macamana lawyer terlupa submit borang CKHT? ada tertinggal tolakan2 yang sepatutnya

Untuk penerangan PART 2 kali ini, Kita tak mau pening2, kita ambik satu kes aku yang sangat CLEAN. Nak isi borang pun senang, budak darjah satu pun rasanya tahu nak isi. Nanti PART 3, kita ambik yang complicated sikit.

Projek perumahan ini adalah projek DIBS, masa aku beli pun dah hampir 70% siap. Sangat MUDAH kerana tiada langsung kos yang terlibat dalam proses jual dan beli. Borangnya ada kat bawah ni. Beberapa info terpaksa dipadamkan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.


 
 
 
Rumah ini aku beli pada bulan Julai 2010 pada harga ~480k (aku genapkan ke 480k sebab nak senang kira nanti). Pada masa tu rumah berharga 480k memang tak laku langsung. Orang kata memang harga tak masuk akal. Pedih juga telinga ni kena perli dengan orang yang tak faham kenapa aku nak beli rumah berharga 480k ni. Masa tu semua free, aku cuma keluarkan deposit 15k sahaja untuk rumah ini.
 
Setahun kemudian pada Julai 2011, aku jualkannya dengan harga 680k. Kalau ikut ROInya boleh tahanlah juga iaitu 1,333% dalam masa setahun.
 
Pada tahun 2011, rumah yang dijual dalam masa kurang 2 tahun, RPGTnya adalah 5%.
 
Jadi pengiraan RPGT adalah seperti berikut:
 
[Harga Jual - Harga Beli - Pengecualian diri (10k)] x 5/100
 
[680,000 - 480,000 - 10,000] x 5/100
 
= 190,000 x 5/100
 
= MYR9,500.
 
 
..... Bersambung di Part 3.
 
 


11 comments:

Lan Rambai said...

Tuan....Pengecualian rpgt sekali tu masih ada lagi ke?

dzirhans said...

yes..masih ada

mar said...

salam..tarikh perolehan dalam borang tu ikut tarikh SnP ke?

dzirhans said...

betul

salfhi said...

Exemption skali seumur hidup tu mcmana nk tau kia pnh guna ke x? Msa jual rumah petama sya dulu, x ingat lawyer guna exemption atau x.. Tp rasanya rumah dh lbh tmpoh 5 thn msa jual..

Pengecualian diri rm10k mcm cth kt atas tu automatik atau pengecualian utk reno rumah?

Mcm ada soalan ln, tp simpan dulu la utk siri yg lain ahaksss

dzirhans said...

Soalan 1 - x boleh jawab..kena tanya lhdn kot

Soalan 2 - yes..automatically..mcm pengecualian diri dlm cukai pendapatan

salfhi said...
This comment has been removed by the author.
salfhi said...

Tq bro

roonalza said...

kalau ada 2 nama boleh ke guna satu nama jer utk pengecualian.. satu lagi tak..

dzirhans said...

ya boleh...hanya isi satu borang ckht
satu lagi isi utk minta pengecualian

Zyde Eye said...

Salam..
Nak tanye..
1. Cukai pengecualian diri (10k) tu hanya sekali seumur hidup atau boleh claim byk kali?


2. Saya beli rumah subsale,tak sampai sethn dah terpaksa jual. So untuk kurngkan rpgt, lawyer fee/stamp duty boleh ke kite kira sekali untuk tolak keuntungan bersih harga rumah tu?