Friday, January 3, 2014

TYPO - Pelancaran Garinia Elmina, Sime Darby

Pertama kali saya nak minta maaf disebabkan kesilapan info berkenaan pelancaran projek terbaru Garinia di Elmina. Seorang reader telah e-mail saya berkenaan kesilapan ini dan saya minta maaf banyak-banyak dan bertanggungjawab sepenuhnya apa yang saya tulis.

Nasib baik beliau sempat telefon office SD dan belum lagi drive ke KL tgh malam ini. Walaubagaimanapun dinasihatkan juga dalam post terdahulu untuk call sendiri SD office untuk confirmkan perkara ini.

Saya telah call my ELMINA's SA dan confirm sebenarnya launch esok adalah untuk staf SD sahaja. Public balloting adalah pada 11 Januari 2014. Jumlah unit untuk public hanyalah 60 (30 bumi dan 30 non-bumi).

Nampaknya memang ada petanda SOLD OUT dan dijangkakan kesukaran yang sengit untuk mendapatkan unit pada hari balloting itu nanti.