Sunday, February 2, 2014

Banner "HOUSE FOR SALE" Kena Buang

Tak tau apa masalahnya, aku dah tak boleh upload foto dalam blogspot ni. Tak mungkin dah exceed kuota. Ada tak sesiapa yang boleh bantu?

Minggu lepas aku ada update status dalam FB mengenai Banner-Banner kami yang kena gunting dan dibuang di kawasan Setia Alam. Bukan rumah aku sahaja yang kena tetapi rumah-rumah lain pun menerima nasib yang sama.

Agak-agaknya siapalah punya kerja ni? Aku ada suspect ejen-ejen otai kat situ (atau sesiapa yang bersangkut-paut dengan mereka-mereka ni) sebab yang pelik sangat, banner-banner mereka tak pula kena buang.

Aku dah bising-bising kat JAGA area tu dan dia pun tak sure siapa yang buat. Malah dicadangkan pula agar aku jangan tampal banner kat pagar, ikat kat area dalam rumah esp tingkat 1 sebab pendengki-pendengki ni tak boleh masuk rumah.

Ini kali pertama aku nak jual rumah sendiri, macam-macam pulak masalahnya. Memang pelik juga pada awalnya sebab selalunya dalam seminggu tu, mesti ada at least ada 5 calls daripada potential buyers nak tanya pasal rumah tu.

Tapi sejak 2 minggu kebelakangan ni memang takde orang call....bila check rupa-rupanya banner dah takde!

Mungkin ada yang tertanya-tanya juga kenapa aku nak jual sendiri sedangkan kalau guna ejen, seminggu je dah boleh "DEAL" rumah tu.

Sebab-sebabnya adalah:
a) Aku boleh kurangkan rugi RGPT 30% sebab kalau guna ejen, kena bayar at least 15k++ ejen fees.

b) Nak dapatkan hands-on experience. Benda nilah yang paling mahal..!

c) Aku tak RUSHING nak jual rumah tu...tengok dulu setahun macam-mana

7 comments:

MH MY said...

bagus bro. nnt kongsikan experience jual sendiri tu.

salfhi said...

selain ads secara offline, yg online ada taruk tak bro? rumah high end ni profile buyer Nye mcmana gua pn takde idea

dzirhans said...

utk rumah > 600k ni biasanya buyer akan engage ejen..majoritinya x baca mudah.my

dzirhans said...

insyaAllah bila dah jual nanti

ab said...

senang je nk jual umah sendiri..x sesusah mcm yg diwarwarkn oleh agen..jual sendiri lebih flexible condition nya antara buyer n seller..

ab said...
This comment has been removed by the author.
Ahmad Nazam said...

Assalam, saya Ahmad- ejen hartanah. Hubungi saya jika perlu kan khidmat penjualan rumah 012-324 5500? Saya juga mempunyai semi-d untuk dijual di setia park