Tuesday, February 11, 2014

Bekerja Waktu Anjal - Flexible Working Hours

Telah disebutkan dalam budget baru-baru ini yang mengatakan kerajaan menggalakkan sistem bekerja waktu anjal. Namun tidak pula dijelaskan bila flexible working hours (FWH) akan dapat diimplementasikan. Kita tunggu dan lihat nanti.

Sebagai pekerja swasta yang majikannya menggalakkan FWH ini, aku memang menyokong 188% pendekatan ini. Dah 5 tahun aku berkerja di sini dan salah satu motivasi terbesar (selain gaji) untuk aku bekerja si sini adalah keanjalan waktu bekerjanya.

Memang bukan mudah implementasinya, malah modalnya juga besar termasuk menghapuskan 100% pemprosesan sistem fail manual. Mungkin ada juga rutin kerja yang tidak sesuai dengan sistem ini tapi ianya bukanlah alasan untuk for not considering the option.

Bila bercakap FWH ini, biasanya kita akan menyentuh 2 perkara di bawah ini.

1. Sistem 9 jam

a) Rasanya sistem ini dah banyak dipraktikkan oleh syarikat-syarikat tempatan. Kiraan 9 jam bermula daripada waktu kita sampai ke office.

b) Kalau ada kes kena ambik kunci rumah baru, bolehlah opt for flexi hour 8-12 rehat 3 jam dan sambung 3-7.

2. Sistem bekerja luar pejabat dan bekerja daripada rumah.

a) Boleh bekerja daripada hospital (dengan WIFI) sekiranya anak/ isteri masuk ward.

b) Bekerja daripada rumah sekiranya ada kontraktor atau planned delivery di rumah.

c) Bekerja separuh hari di rumah (another half day at the office) especially pada ketika anak sedang exam.