Wednesday, February 26, 2014

Pengiraan dan Penerangan Lengkap RPGT 2014 (PART 3) - Aku Dalam Dilema

Memang dipersimpangan dilema betullah, nak guna ke tak? bagus ke kalau guna sekarang? Itulah persoalan yang sekarang menerjah dan terngiang-ngiang dalam fikiran ni.

Yup - aku masih berfikir-fikir, bertimbang-tara sama ada nak pakai atau tak waiver sekali seumur hidup RGPT tu untuk jualan rumah yang terbaru.

Kenapa? sebab takut salah guna sekarang atau sepatutnya digunakan untuk rumah/ kedai yang paling menguntungkan. Macamana kalau 3 tahun lagi aku jual rumah dan untung 500k? 30% x 500k? dapat beli kereta CX5 cash tu.

Mungkin aku patut kongsikan apa consideration aku, moga memberi manfaat kepada pembaca-pembaca sekalian.

Faktor GO

1. Gunakan pada masa cukai RGPT paling tinggi. Setahu aku 30% adalah paling tinggi, jadi sekarang adalah waktu yang sesuai.

2. Gunakan masa kita dikenakan penalti. Kalau kita lari cukai atau tak isi borang RGPT, kita akan dikenakan cukai maksimum. Jadi kita boleh merayu untuk dapatkan pengecualian cukai masa masa ini.

3. Gunakan pada masa yang kita rasa itulah untung maksimum yang akan kita dapat. Kadang-kadang untung kita banyak tapi RGPT kita sikit sebab harga SPA adalah harga sebelum diskaun, tapi belakang mari kita dapat macam-macam diskaun, rebate etc. Hmm susah ni.

4. Tengok timing. Kalau kita kena tunggu 8 bulan lagi dan rumah tu akan mencecah usia 3 tahun, mungkin worth tunggu 8 bulan lagi untuk kurangkan RPGT daripada 30% kepada 20%.

5. Kalau boleh sewakan..sewakanlah dulu.

Faktor NO GO
2. Jangan gunakan pada rumah yang ada lebih satu nama (contohnya 2 nama) sebab kalau kita seorang yang nak ambik pengecualian cukai ini, pengecualian adalah 50% sahaja.

6 comments:

salfhi said...

makan buah delima

wtp.consultation said...

panduan sgt membantu

wtp.consultation said...

panduan sgt membantu

Khairul Ridzuan Ibrahim said...

30% tu bukan out of profit ke? sila bagi pencerahan..

Khairul Ridzuan Ibrahim said...

30% tu bukan out of profit ke? sila bagi pencerahan..

dzirhans said...

yup..30% tu adalah berdasarkan keuntungan