Thursday, March 6, 2014

Net Price Dalam SPA

Sedang berkira-kira dan berangan-angan nak tambah rumah (bukan orang rumah) untuk permulaan 2014 ni, aku dikejutkan dengan berita tentang satu developer favourite ni dah tak boleh adjust harga before diskaun dalam SPA. Katanya BNM dah keluarkan memo  yang menyatakan harga dalam SPA adalah harga selepas tolak segala macam mak nenek diskaun.

Gulp kena keluar buta 30% for deposit.....telan air liur kenyang-kenyang dan terpaksa cancel pembelian kali ini. Sedih juga sebenarnya sebab aku dah masuk queue lama (tunggu orang tak lepas loan ni)...malangnya jadi pula macam ni..

Dahlah SPA kena harga net...DIBS pun dah takde...nampaknya kena dok diam-diam jelah.. bela lembu belakang rumah.


Monday, March 3, 2014

Cara Ter "POPULAR" Mengurangkan RPGT

Banyak cara yang telah aku dengar untuk mengurangkan RPGT ini. Antaranya yang sangat popular dan menjadi trend masa kini adalah melalui pengurangan harga jualan dalam SPA. Kaedah ini juga banyak dicadangkan oleh ejen hartanah terutamanya untuk cash buyer.

Aku tak kata benda ni betul atau mencadangkannya kepada pembaca semua, tapi ada beberapa orang rakan-rakan yang telah berjaya melakukannya. Melalui kaedah ini akan ada perjanjian tambahan untuk renovation, kos-kos tambahan dan sebagainya.

Potential Buyer dalam kategori 600-800k adalah mereka yang berUANG, jadi pengeluaran tunai yang banyak untuk deposit memang tiada masalah langsung.

Janganlah terkejut sangat kalau selama ini kita dengar orang naikkan SPA price untuk kurangkan deposit tapi cara ini seller kurang SPA price untuk kurangkan RPGT.

Nasihat saya - sendiri buat sendirilah tanggung, pandai makan pandailah simpan elok-elok.

Sunday, March 2, 2014

Refinance - Tempoh Pembiayaan Semula Bertukar Daripada 10 kepada 35 Tahun?

Minggu lepas ada terbaca di forum low-yat mengenai pembiayaan semula yang dipanjangkan tempohnya daripada 10 tahun sekarang menjadi 35 tahun.

Lantas aku pun terus call banker untuk mengesahkan rumours yang ditulis dalam forum itu. Ya betul memang berita baik untuk semula, namun ada juga yang tak menariknya.

1. Pengiraan KELAYAKKAN PINJAMAN refinance ini adalah berdasarkan tempoh 10 tahun sahaja.

2. Berdasarkan jumlah (1) di atas, anda boleh memanjangkan tempoh pembiayaan semula menjadi 35 tahun.....

3. Sila call banker anda untuk kepastian..