Monday, March 3, 2014

Cara Ter "POPULAR" Mengurangkan RPGT

Banyak cara yang telah aku dengar untuk mengurangkan RPGT ini. Antaranya yang sangat popular dan menjadi trend masa kini adalah melalui pengurangan harga jualan dalam SPA. Kaedah ini juga banyak dicadangkan oleh ejen hartanah terutamanya untuk cash buyer.

Aku tak kata benda ni betul atau mencadangkannya kepada pembaca semua, tapi ada beberapa orang rakan-rakan yang telah berjaya melakukannya. Melalui kaedah ini akan ada perjanjian tambahan untuk renovation, kos-kos tambahan dan sebagainya.

Potential Buyer dalam kategori 600-800k adalah mereka yang berUANG, jadi pengeluaran tunai yang banyak untuk deposit memang tiada masalah langsung.

Janganlah terkejut sangat kalau selama ini kita dengar orang naikkan SPA price untuk kurangkan deposit tapi cara ini seller kurang SPA price untuk kurangkan RPGT.

Nasihat saya - sendiri buat sendirilah tanggung, pandai makan pandailah simpan elok-elok.