Monday, April 21, 2014

Melawan Arus

Diterjah dengan soalan sebegini - market sgt soft sekarang ni, tapi saya ada lebihan kuota  untuk beli rumah lagi. Macamana nak buat ye? Saya pun dah pening dan dah macam addicted tak tertahan, tak boleh tidur untuk beli rumah lagi.

Ingatkan orang ketagih dengan DADAH je tapi beli rumah pun boleh jadi kemaruk.

Lalu saya tanyakan padanya? macam mana keadaan kewangan anda...holding power macam mana?

Kita beli rumah ni bukan mengikuti orang ramai (following the crowd), apa yang berlaku sekarang adalah keputusan orang membeli beramai-ramai pada 2-3 tahun lepas.

Untuk property under-con, kita beli rumah sekarang ini bukan disebabkan oleh market yang sejuk tapi untuk market 2-3 tahun kehadapan.

Jadi kalau beli kondo sekarang, dijangkakan siap tiga tahun pada 2017, lepas tu hold 2 tahun sehingga 2019. Sudah pastilah market pada 2019 nanti tak akan sama dengan market sekarang (2014).

Renung-renungkan ..selamat beramal..

Friday, April 18, 2014

Terkena Batang Hidung Sendiri

RPGT 30% adalah noktahnya. Keputusan jual beli rumah dah tidak boleh diputuskan dengan cepat seperti dahulu. Sebenarnya memang terkena batang hidung aku sendiri, jika dulu semasa RPGT masih rendah pada kadar 5-15%, aku tak pernah memikirkan (dan tak consider langsung) option sewa. Tapi sekarang strateginya dah macam kena bertukar sedikit menjadi hold (sewa 5 tahun) dan jual.

Bagaimanapun keputusan menjual ini banyak juga bergantung kepada pencarian membeli property baru. Selagi tak jumpa yang berkenan dihati untuk tahun 2014 ni, selagi itulah aku tak terdesak untuk menjual rumah-rumah sedia ada. 

Ada jugaklah survey2 project terkini seperti di bawah ni. Tapi masih tak decide lagi disebabkan entry cost yang tinggi, 30% - rebate due to LTV.

a) Existing project - Bandar Rimbayu
b) Midfields 2
c) Saville @ Reko Avenue Kajang
d) Anggun @ Setia Alam

Wednesday, April 9, 2014

Tax Refund Dalam Masa 2 Minggu!

Bagi yang makan gaji seperti saya dan mereka-mereka yang sewaktu dengannya, rasanya sekarang ni tengah sibuk mencari dokumen-dokumen dan resit-resit yang berkenaan dengan cukai pendapatan.

Tarikh akhir bagi penghantaran e-filing (bagi yang tiada pendapatan perniagaan) adalah pada akhir bulan April ni. Jadi, anda ada masa 20 hari lagi untuk cuba-cuba cari resit bagi pengurangan cukai tu.

Pada tahun ini, saya memang agak HAPPY sebab:

. Ada refund lebih kurang dalam 7k++ (+ isteri). Boleh buat duit shopping kat US nanti.

. LHDN bgtau tiada masalah dengan segala maklumat yang diisi. Refund In Progress.

. PALING menggembirakan tax refund tu dah dapat (di bank-in) dalam masa 2 minggu. Walaupun "aku' memang selalu menyampah dengan LHDN ni tapi refund 7k dalam masa dua minggu ni memang mengagumkan. Ini baru dikatakan bekerja untuk rakyat..

Mungkin LHDN dah semakain efisyen now...

Tapi for CKHT claim macam mana? I have to reserve my comment...hanya mereka yang pernah melaluinya yang akan betul-betul faham dan .... sabar itu separuh daripada iman.