Monday, April 21, 2014

Melawan Arus

Diterjah dengan soalan sebegini - market sgt soft sekarang ni, tapi saya ada lebihan kuota  untuk beli rumah lagi. Macamana nak buat ye? Saya pun dah pening dan dah macam addicted tak tertahan, tak boleh tidur untuk beli rumah lagi.

Ingatkan orang ketagih dengan DADAH je tapi beli rumah pun boleh jadi kemaruk.

Lalu saya tanyakan padanya? macam mana keadaan kewangan anda...holding power macam mana?

Kita beli rumah ni bukan mengikuti orang ramai (following the crowd), apa yang berlaku sekarang adalah keputusan orang membeli beramai-ramai pada 2-3 tahun lepas.

Untuk property under-con, kita beli rumah sekarang ini bukan disebabkan oleh market yang sejuk tapi untuk market 2-3 tahun kehadapan.

Jadi kalau beli kondo sekarang, dijangkakan siap tiga tahun pada 2017, lepas tu hold 2 tahun sehingga 2019. Sudah pastilah market pada 2019 nanti tak akan sama dengan market sekarang (2014).

Renung-renungkan ..selamat beramal..