Wednesday, April 9, 2014

Tax Refund Dalam Masa 2 Minggu!

Bagi yang makan gaji seperti saya dan mereka-mereka yang sewaktu dengannya, rasanya sekarang ni tengah sibuk mencari dokumen-dokumen dan resit-resit yang berkenaan dengan cukai pendapatan.

Tarikh akhir bagi penghantaran e-filing (bagi yang tiada pendapatan perniagaan) adalah pada akhir bulan April ni. Jadi, anda ada masa 20 hari lagi untuk cuba-cuba cari resit bagi pengurangan cukai tu.

Pada tahun ini, saya memang agak HAPPY sebab:

. Ada refund lebih kurang dalam 7k++ (+ isteri). Boleh buat duit shopping kat US nanti.

. LHDN bgtau tiada masalah dengan segala maklumat yang diisi. Refund In Progress.

. PALING menggembirakan tax refund tu dah dapat (di bank-in) dalam masa 2 minggu. Walaupun "aku' memang selalu menyampah dengan LHDN ni tapi refund 7k dalam masa dua minggu ni memang mengagumkan. Ini baru dikatakan bekerja untuk rakyat..

Mungkin LHDN dah semakain efisyen now...

Tapi for CKHT claim macam mana? I have to reserve my comment...hanya mereka yang pernah melaluinya yang akan betul-betul faham dan .... sabar itu separuh daripada iman.

1 comment:

salfhi said...

lhdn mmg dh cpt refund 4 quite few years.. nmpk mcm tuan rumah dh lama x dpt refund huhu