Saturday, May 31, 2014

Mencari SOHO atau Studio

Kenaikan harga kondominium yang kebanyakkannya bertaraf apartmen memang menyesakkan dada. Sangatlah sukar sekarang ni nak dapat unit-unit baru berharga bawah 400sqft. Tempat yang suam-suam kuku pun mencanak-canak naik harganya. Apatah lagi tempat-tempat hot macam OKR, Cheras dan yang peliknya Kajang pun dah termasuk dalam kawasan hot.

Apatah lagi yang berdekatan MRT. Keinginan tu memang sentiasa ada, meluap-luap, tapi apakan daya bila tengok harganya, memang tak mampu.

Memang tak logiklah untuk aku beli apartment 1000++sqft berharga 600-800k??

Option yang ada sekarang adalah SOHO ataupun Studio. Tapi dimana ye?? Selain Cyberjaya, mintak pencerahan pembaca-pembaca semua, kalau ada unit-unit yang boleh dipertimbangkan.

Terima Kasih.