Tuesday, June 10, 2014

Pengalaman Menjual Rumah Sendiri - Part 1

Berdasarkan pengalaman yang telah dikutip sebelum ini, aku belajar sikit-sikit tentang cara nak menjual rumah tanpa melalui agent. Nak kata susah takdelah teruk sangat...Nak kata senang pun ada benda yang tak bestnya.

Yang paling susah adalah mentaliti buyer itu sendiri pada segmen rumah berharga 700k ke atas. Mereka lebih percaya agent. Mereka-mereka ni berduit so mereka akan lepaskan kerja-kerja kasar mencari rumah yang diingini kepada agent. Cuma bagitau lokasi, budget, jenis rumah...yang lain agent akan buatkan.

Aku tak condemn agent-agent ni sebab diorang pun buat kerja mereka juga. Rumah-rumah aku sebelum ini semua agent yang jual. Cuma kali ini aku nak merasa thrillnya deal direct dgn buyer since the beginning.

Dengan rezekiNYA, baru-baru ini, aku berjaya menjual rumah aku sendiri direct kepada buyer. Pada masa ini, 2% deposit dah masuk dalam poket sendiri...14k++ tu...selalu sedekah je kat agent duit ni sebagai komisyen.

FASA AWAL -

Gantung banner sendiri kat pagar rumah.
Pelik kenapa takde orang call - rupa2nya banner dah kena gunting..masyaAlah dengkinya

Buat iklan kat mudah
Masalahnya yang call semua agent, takde langsung direct buyer.

Next gantung banner kat dalam rumah, tingkat 1, pagar semua kunci - baru tak kena gunting.

PERSEDIAAN AWAL -

Kalau ada agent call tanya last transacted price, berapa market value so senang nak jawab kalau ada direct buyer tanya soalan ni.

Dapatkan contact untuk banker sebab kadang2 buyer ni blur...nak apply loan pun tak tau kat bank mana.

Dapatkan juga contact utk lawyer, kalau tak tau sangat contact je lawyer developer yang handle kes kita masa kita beli dulu...sure dia nak punya.

Dapatkan phone murah2....guna phone baru utk jual rumah ni..so kalau berbunyi je kita dah tau ornag nak beli rumah ler tu.

MAIN HARGA
Bagi 2 jenis harga ..harga jual direct buyer and harga jual ikut agent...bila actual buyer dgr harga lebih murah (2%) sure dia akan berminat. Actually ada 3, dan aku guna harga ketiga ni, tapi tak boleh detail out kat sini sebab illegal dan menyalahi undang2. Aku tak naklah bagi ajaran sesat kat pembaca semua.

2 comments:

salfhi said...

yg illegal yg best nk tau tu kihkihkih(gelak evil)

Unknown said...

saya pun tgh dlm proses jual sendiri rumah....tp x le smpi 700k....cuma 300k je....so far dah dpt deposit....tggu consent jemm.sbb leasehold....mmg mengujakan.....mcm2 kerenah pembeli dan agen..m