Friday, June 13, 2014

Pengalaman Menjual Rumah Sendiri - Part 2

Antara yang tak bestnya adalah menerima panggilan-panggilan yang entah daripada sesiapa entah, yang kebanyakkannya daripada agent-agent. Sebab rumah yang nak dijual ini jauh daripada rumah yang aku duduk sekarang (40km tu), so aku kenalah jual mahal dan main tarik tali.

Aku sangat yakin sebab unit aku tu premium so kalau orang just call tanya kenapa rumah aku lebih mahal 20k daripada rumah depan atau rumah-rumah lain, aku just balas je, why not you beli rumah depan...bila dah takde rumah lagi nanti untuk dijual... yang last tu baru you jual my house, sure dapat harga extra 20k tu.

Setakat WA or sms aku layan gitu2 je sebab tak logiklah orang nak beli rumah >700k guna WA or sms.

Ataupun kalau ada yang call sekali macam tak serius, abaikan sahaja sebab sure tak beli. Jangan anggap semua call adalah potential buyer, kebanyakkannya hanya test market.

Buyer aku ni sangat persistant, call and call and call kata dia nak rumah aku. Aku cakap you cari rumah lain dulu..then kalau tak jumpa then call balik. Tapi dia call juga lagi. So daripada sini dah tau dia memang serius.

Aku dah suruh dia tengok dalam dulu rumah lain, so bila dia tgk rumah aku dia dah tahu semuanya. Ini kalau baru nak tengok bilik kat sini, bilik air kat sana..memanglah membuang masa.

Pada masa yang dijanjikan dia datang naik Kereta Toyota Altis baru dengan baju buruk. Hmm ada duit ke dia ni? Aku dah mula skeptical. Bila dia kata wife dia suka rumah aku dan dia ada kedai, so aku okaylah.

Aku just cakap dengan dia, aku tak rushing but tak nak membuang masa. Tolong check kelayakkan loan kalau tak jgn letak duit booking dan aku tak lock rumah tu utk dia. We negotiate the price dan aku bagi dia 3 harga utk nego. Pening dia nak plih yang mana.

Masa dalam rumah tu pulak, tangan dia gatal pergi tekan central alarm, mengagau aku nak tutupkan alarm tu..adalah 5 minit bunyi bising sampai jaga pun datang.

Bersambung..

6 comments:

Roslan Ahmad said...

Setia Alam ke Tuan?

hafez said...

Wah, Ayu Impian dah terjual

wmswm said...

Salam.

Kalau jual rmh without agent, camne buyer nak apply loan ek? Biasanya kita bg booking form tu kat bank kan.

dzirhans said...

1. Ya Setia Alam

2. WMSWM - Ya buat booking form macam yang agent selalu buat. PRINT je and sign.

Lepas tu ambik title & SPA copy submit to bank

dzirhans said...

1. Ya Setia Alam

2. WMSWM - Ya buat booking form macam yang agent selalu buat. PRINT je and sign.

Lepas tu ambik title & SPA copy submit to bank

khairul fauzee said...

penat tapi best..
boleh jumpa bermacam ragam buyer dan kaki sembang/temberang