Saturday, July 12, 2014

Dirampok Di KL Sentral

Cerita ni sebenarnya sudah basi, tetapi disebabkan masih ada lagi rakan-rakan yang bertanya, ada baiknya aku tulis kat blog ini sahaja. Jadi selepas ini, kalau ada siapa-siapa yang bertanya lagi tentang pengalaman hitam aku ni, aku mintak dia refer je kat tulisan aku ni. Mungkin sebelum ini anda ada dengar cerita yang sama daripada kawan atas kawan atau saudara atas saudara tapi kali ini korang dengar daripada mangsa itu sendiri.

Aku tulis ni bukan nak meraih simpati, cuma sekadar berkongsi pengalaman agar korang semua dijauhkan daripada benda buruk atau pengalaman hitam yang telah aku kena. Jangan bersimpati sangat sebab duit yang hilang itu dilindungi insurans, jadi secara moneytory-nya, aku memang tak rugi apa-apa.

Cuma benda yang lagi penting iaitu secara mentalnya aku agak down, trauma sampai sekarang kalau bawak cash yang banyak dan tak berapa sihat selepas kejadian. Btw life goes on, ada benda lain yang perlu difikirkan, komitmen kerja dan keluarga yang perlu aku bereskan.

Kejadian berlaku pada pukul 1 petang di KL Sentral, aku on the way nak balik rumah di Putrajaya naik ERL transit. Aku balik rumah awal sebab aku akan terbang pada tengah malam tu.

Pada ketika kejadian , aku ada cash ZAR9k, USD2.5k dan notebook office. Memang salah aku juga, bawak cash banyak kali ini. Biasanya aku bawak travellers cheque sahaja, tapi bila memikirkan aku akan kena komisyen mencekik dan menjerut leher di luar negara, aku fikir biarlah aku bawak cash sahaja.

Duit tu aku dapat daripada office (bukan bank), so aku tak rasa ada orang mengekori sehingga ke KL Sentral.

Aku terlewat 5 minit nak kejar train dan kena tunggu 25 minit lagi sebelum train seterusnya ke Putrajaya.

So aku terfikir nak beli paper to kill my 25 minutes of waiting. Disnilah segalanya bermula. Semasa aku masuk kedai buku N* itu, terasa macam ada 3 orang Indon sedang mengekori. Aku tak sedar apa-apa masa masuk kedai tu, sehinggalah pada ketika aku terasa ada orang sedang menarik-narik kaki aku.

Bila aku sedar, aku dah macam blur aku nampak 3 orang Indon tadi tu but aku macam bodoh dan melayang-layang. Seterusnya aku perasan dan sangat terkejut yang duit ZAR9k aku dah hilang, duit USD masih ada and notebook pun masih utuh. Aku dah rasa masa tu, tak lain dan tak bukan yang aku dah kena pukau. Cara dia menyedarkan aku adalah dengan menarik-narik kaki tadi.

Dalam keadaan mamai aku buat report polis dan kami ke kedai tersebut untuk melihat rakaman cctv. Polis kata kes aku bukanlah yang pertama, jadi sesiapa yang bawak banyak cash di KL Sentral, berhati-hatilah. Ada yang memerhati!

Melalui rakaman cctv, ada dua orang Indon ikut aku masuk kedai buku dan seorang perempuan menunggu dihujung satu lagi. Kedai tu macam pusingan U dan aku kena pusing mengikut arah jam sebab dua orang tadi dah block jalan aku. Kedudukkan aku kena pukau adalah "blind spot" dan tak dapat dikesan oleh cctv.

Jadinya perampok ni dah tahu dua benda:

a) Dia tahu aku ada bawak banyak cash (mungkin melalui ilmu hitam)
b) Dia tahu blind spot kedai tu.


Selepas itu, aku balik rumah dan terus demam 3 hari. Flight ditangguhkan. Ustaz yang aku jumpa tu kata, kuasa pukau dia agak kuat sebab semua orang yang ada dalam kedai tu tak perasan apa yang telah berlaku, bermaksud semua orang dalam kedai tu pun dah kena pukau.

Inilah kisah hitam itu. Aku berharap korang berjaga-jagalah kalau bawak cash dan jalan sorang-sorang. Ustaz kata banyakkan baca ayat kursi untuk menghalang kuasa jahat ni. Kalau ada teman lagi bagus.

Sampai sekarang aku memang trauma untuk bawak duit cash banyak-banyak kat KL Sentral, KLCC mahupun KLIA/ KLIA2.

Buat perampok-perampok itu, aku tak halalkan duit yang ko curi tu dunia akhirat. Tak akan kaya ko nanti dengan duit tu. Memang takde benda berfaedah lain ke yang ko nak buat.. !!!!