Sunday, July 6, 2014

Evo SOHO Bangi

All my FB frens, semestinya dah tahu my latest purchase iaitu Evo SOHO Bangi. Puaslah juga mencari-cari SOHO atau studio ni, namun akhirnya jodoh termeterai dengan Evo ni. Survey-survey juga SOHO kat Melawati, Putra Heights, Damansara, Shah Alam (selain Cyberjaya) tapi harganya memang tak terjangkau dek akal.

Aku ada tulis juga yang aku memang tengah mencari SOHO dalam POST sebelum ini.

Cuba mencari kelainan daripada belian-belian aku sebelum ini dan sebenarnya kalau aku terus dengan target yang seakan sama seperti sebelum ini, nampaknya macam busy menjual jelah aku setiap tahun daripada 2008 till 2017.

Kenapa aku nak beli Evo? semestinya faktor yang sangat penting - refer INI. Beli je aku dah dapat ~60k. Kalau 3.5 tahun lagi siap naik another 40K, senang-senang gross 100k dalam tangan. Ini merupakan konsep yang sama kalau kita beli rumah lelong dan subsale.

Btw aku dah cerita dengan beberapa orang konsepnya, nampaknya ada seorang dah beli dan 2 orang lagi masih KIV. Patutnya kita boleh share referral fee tu nanti....hehehe.

Tapi aku pun dah macam melanggar sumpah juga kali ini dan ditegur oleh beberapa rakan dalam FB dengan pembelian kali ini. Sebab pembelian aku sebelum ini sangat predictable:

a) Undercon landed freehold
b) Medium Apartmen freehold