Friday, July 18, 2014

Jalan-Jalan Los Angeles - Part 1

Alhamdulillah mungkin disebabkan nama aku takde MOHD atau Muhammad, pemprosesan VISA (vacation and business) ke US siap dalam masa satu hari. Interview pun berjalan dengan lancar sebab aku dah sediakan semua dokumen-dokumen secukupnya. Happy sakan bila dapat tahu VISA approved untuk 10 tahun.

Mengikut pengalaman 3 orang rakan sekerja sebelum ini, MOHD 1, MOHD 2 dan MOHD 3, semuanya memang bermasalah. Mungkin secara kebetulan sahaja dan aku agak-agak je sebab nama. MOHD 1 mengambil masa sebulan untuk siap, MOHD 2 approved 2-3 bulan juga dan yang paling teruk MOHD 3 hanya dapat VISA untuk 2 bulan. Tapi MOHD 1 cakap dia punya VISA lambat sebab muka dia ada rupa terrorist...lol...hmm macam-macam..WauAllah hualam.

Wife tak ikut kali ini sebab tuntutan kerja. Tapi dah pesan siap-siap kalau ada handbag kat bawah ni, wajib belikan untuk dia. Katanya penat dia jaga anak-anak sorang-sorang sebab aku pergi lama, 3 minggu. Lagipun aku "berhutang" dengan dia (JV) sebab jualan rumah baru-baru ini, aku tak belikan dia handbag lagi.

Agak-agak berapalah harga handbag ni?


Last-last aku tak beli sebab tak jumpa....yang aku jumpa brand-brand US macam COACH, Tory Burch, Kate Spade, MK etc..mungkin juga sebab aku cari kat Premium Outlet je.

Masa dekat atas flight tu ada pemandangan yang cantik. Kapten kapal announce kat Salt Lake City.

... foto Salt Lake City

Aku touch down LA pukul 9 pagi. Kat imigresen seperti biasa aku lepas, MOHD 1 tu kena tahan. Kena tunggulah jugak dalam 30-45 minit dia bersoal jawab dengan imigresen.

Airport LA ni boleh tahan juga besar dia. Tapi KLIA2 lagi bestlah aku rasa.

...foto LA Airport

Seterusnya aku naik shuttle bas pergi ke tempat sewa kereta. Ramai betul orang hari tu. Pilihan kereta sewa pun sangat terhad, banyak FORD dan CHEVY je. Kitaorang pun pilih FORD FUSION. Aku hanyalah sebagai co-pilot merangkap pembaca GPS sebab aku tak biasa pandu sebelah kiri. Surely makan jalan bertentangan arus kalau aku drive kat sana. GPS dia bagi Garmin, so okaylah senang nak operate.

...foto Ford Fusion

2 comments:

salfhi said...

Gmbr x kuar pn bro, gmbr henbeg je kuar.. ke fon gue yg dmam?

MH MY said...

Sama. pin handbag je kuar