Monday, July 14, 2014

Kecelakaan Di Boksburg

Kecelakaan itu seakan berterusan sehingga aku berada di luar negara. Aku mula melihat diri-sendiri dan bertafakkur sekejap sambil menilai diri dan melihat apa yang dah aku buat silap. Aku dapat rasakan naluri orang tua itu ada benarnya. Mak memang tidak berapa setuju dengan keputusan aku untuk bekerja di luar negara, tapi dia tidaklah sampai menolak keras my decision. Cuma dia nasihatkanlah "be careful" bekerja di negara orang terutamanya di negara yang tak berapa selamat tu.

Kejadian di ATM bank memang masih lagi terngiang-ngiang dikepalaku. Tak semestinya kejadian berlaku di luar negara, ia tidak boleh berlaku di KL. Segalanya berkemungkinan.

Pada suatu pagi yang ceria, kira-kira pukul 6 pagi, aku menuju ke sebuah bank yang berdekatan dengan rumah, Theda Oaks Residence. 6 pagi memang dah terang benderang sebab masa tu winter, habis waktu subuh  pukul 3-4 pagi, jadinya 6 pagi tu dah macam pukul 10 pagi kat Malaysia.

Aku beratur kat ATM ABSA bank dengan ada 2-3 orang di belakang aku.

Aku withdraw duit macam biasa sehinggalah orang belakang aku - black, mencuit bahu dan bagitau yang kad ATM aku jatuh. Aku macam terkejut macam manalah kad ATM aku boleh jatuh. Tanpa berlengah lagi, masukkan duit dalam wallet, ambik atm card daripada lantai dan pergi dari situ.

Bila sampai office hati aku macam tak tenang, aku terus buat panggilan ke bank.

Alangkah terkejutnya aku bila diberitahu oleh pihak bank yang mengatakan ada pengeluaran sebanyak ZAR2k pada hari tu. Aku dah keluarkan ZAR1k dan daily limit adalah ZAR2k, maksudnya si hitam jahanam tu dah curi duit aku ZAR1k.

Aku terpike balik, rewind kisah pagi tadi utk mengingati balik apa yang telah berlaku.

Teori aku lebih kurang macam ni:

a) Orang belakang aku memang dah plan nak buat kerja mencuri tu.

b) Dia curi tengok masa aku tekan pin number.

c) Pada saat aku keluarkan cash, dia jatuhkan kad ATM. ATM card sekarang takde nama dan aku pun tak check tandatangan kat belakang kad masa tu.

d) Bila aku ambik ATM kad kat lantai, dia ambik kad ATM aku kat mesin ATM.

e) Dia keluarkan 1k daripada mesin ATM. Kalau daily limitnya ZAR5k... habislah terbang duit aku ZAR4k hari tu.


1 comment:

salfhi said...

Btl bro.. trick mcm ni kat youtube pn ada.. tp yg plg penting, duit je yg lesap, bkn nyawa!!