Friday, July 11, 2014

Loan Kena Reject

Dokumen yang lengkap seperti INI dan INI, masih tak menjanjikan loan approval yang mudah. LOAN KENA REJECT merupakan salah satu punca kekecewaan yang amat bagi pelabur hartanah. Ramai yang berminat untuk melabur tapi terbantut dek kerana bank tak nak bagi loan.

Untuk unit EVO SOHO ni, memang sangat sukar untuk aku mendapatkan loan. Kalau mengikut pengalaman aku sebelum ini pun, loan amount ~200k memang sukar sikit nak approved. Orang kata memang banyak songeh bank-bank ni. Kita tahulah banker cuma dapat komisyen ciput 2%, so dia malas nak layan sangat kalau apply sorang-sorang. Kalau bulk application, mungkin laju je banker ni.

Sebab utamanya adalah in-experienced banker. Aku dah komplen hari tu kat bank. Loan murah2 ni, dia assign kat banker-banker junior. CCRIS aku mmg agak complicated, so hanya banker yang berpengalaman je boleh faham.

Satu contoh yang senang, ada satu loan aku appear twice. Si banker junior ni still tak nak remove komitmen unless aku boleh produce surat drp bank tu yang mengatakan aku ada satu loan sahaja. Puas aku cakap loan amount sama, bank sama tapi dia tak nak remove jugak. Rasa nak lemp* pun ada.

Satu lagi sebab bank kata aku aggresive customer. That has got nothing to do with loan approval. DSR is OK...not relevant at all. Sapa-sapa yang pernah apply loan dengan bank E* mesti ada masalah yang sama dengan aku. Dia separatekan akaun untuk loan dan MRTA+legal fees. So kalau aku ada 5 buah rumah, dalam CCRIS dia akan appear 10 sebab ada 10 akaun.

Aku pulak yang kena prepare offer letter lama daripada semua loan bank aku. Tapi dah terlambat sebab 1st level approval pun tak lepas, macam mana nak proceed dengan HQ approval.

Dah kecewa ni, terpaksalah aku apply dengan bank satu lagi...