Thursday, July 24, 2014

Seri Jati - Sewakan atau Jual?

Rasanya ramai pemilik Seri Jati (SJT) sekarang dihujani dengan panggilan-panggilan (P) daripada agent hartanah. Itu belum lagi Whatapps (W) dan SMS (S). Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja 2-3 PWS bertanyakan pemilik SJT ni sama ada nak jual atau sewakan.

Aku ada tulis berkenaan Apartmen ini 2 tahun lepas kat SINI. Kita beratur ramai-ramai balloting dan pilih unit.

Sebelum ini SEWA memang pilihan terakhir dalam kamus pelabran hartanah aku. Tapi dalam keadaan sekarang:

a) RPGT yang tinggi (30%).
b) Sukar mencari hartanah under-con yang menepati selera dan citarasa sendiri.

Mungkin option sewa perlu difikirkan secara serius.

Kenapa nak sewakan?

a) SPA signed pada Ogos 2012, sepatutnya SJT siap pada Ogos 2015 tapi sekarang dah tgh tunggu CCC. Kalau jual sekarang memang buta-butalah kena RPGT 30%. Lainlah kalau dapat cash buyer atau nak guna once in a life exemption tu.

b) Harga SJT lebih kurang ~150k dan harga offer sekarang daripada agent adalah 300k-310k. Jadi RPGT tu kena lebih kurang 39K??? dapat kete BLM sebijik dengan amaunt sebanyak ni. Kalau sewakan setahun RPGT dah jadi 20%. Jadi untunglah dalam 15k reduction of RPGT plus 305 of monthly installment yang penyewa bayarkan.

Cons kalau sewakan?

a) Sewa paling tinggi for bare unit adalah RM900, kiranya dah termasuk maintenance fee lebih kurang ZERO cash flow.

b) Capital Appreciation - Aku rasa kalau jual dalam setahun lagi harga paling tinggi pun, boleh pergi paling 320k-340k (RM400 psf) sahaja.

c) High Density - Tahun depan the next phase Seri Intan (SIT) siap, jadi persaingan akan menjadi lebih competitive. Mungkin buyer akan beralih kepada SIT sebab lebih baru ataupuan environment SJT nanti jadi tidak berapa memberangsangkan (eg banyak foreigner etc).

d) Malas melayan karenah penyewa atau tersalah pilih penyewa.

e) SJT yang jauh daripada rumah kediaman sekarang. Leceh nak manage kalau ada apa-apa issue.

3 comments:

Roslan Ahmad said...

Nampaknya cons tu lagi banyak huhu

dzirhans said...

Cons tu tak kuat sangat...

Lip Wei Chang said...

Agaknya bila akan dapat CCC dari developer ye? Dengar kata paling lewat bulan September ni.