Friday, August 8, 2014

Revisit - Bangi Avenue

Kalau ada anugerah tulisan terbaik aku dalam blog ni, memang akan jatuh pada tulisan INI. Sampai sekarang masih ada lagi yang masih membaca entry tu. Dan beberapa kali ia telah di -LINK- kan dalam beberapa forum, antaranya forum tersohor lowyat yang sangat ramai pengikutnya itu. 

Dalam tulisan itu, aku ada tulis mengenai kenaikan harga minimum nanti adalah dalam 100k. Kunci dah dapat dan kalau tengok harga kat mudah sekarang, memang pun harga jual dalam 480k-520k. Memang tepat sangatlah tu, lebih 100k. Tahniah kepada semua pembeli...ada yang aku dengar beli 2-3 unit lagi...

Secara jujurnya aku memang TAK BELI. Aku ulang.. TAK BELI. Kenapa? Sebab masa tu aku ada banyak pilihan lain. Sampai tak tahu nak pilih.

Sebab-sebab lain adalah kerana:
a) Kena keluarkan deposit 10%.
b) Kena tunggu 2 tahun.

Sedangkan rumah lain yang aku beli hanya perlu keluarkan 0% (ZERO) deposit dan boleh siap kurang daripada setahun.

Ada yang tanya potensi fasa terbaru Bangi Avenue, yang 3 tingkat tu. Dari segi ruang, memang developer maximisekan sepenuhnya. 7 bilik tu dan 7 bilik air tu. Tapi aku macam kurang berminat sebab saiznya masih 20x70. Nampak rumah tu macam kurus tinggi dari luar. Rumah aku sekarang ada bilik di tingakt 3, dah 2 bulan aku tak naik...sakit kaki naik-turun2 daripada tingakt 3 tu.

Tapi harganya masih murah (588k) kalau nak compare dengan harga rumah sekitarnya.

Thursday, August 7, 2014

Pengalaman Menjual Rumah Sendiri - FINALE

Kita habiskan cerita flipping kita. Jom sapa mahu dibelanja, duit dah dapat. contact2lah aku.

 

Tapi knowing me, bila nampak cash > 150k tu aku jadi makin kedekut. 3 lagi rumah mungkin boleh dibeli. Tapi jangan dilupa juga bahagian orang yang memerlukan. Bukan semua orang senang macam kita.

 

Mari kita habiskan kronologi kita


a) 28 May - Jumpa dengan potential buyer

b) 31 May - Buyer sign Letter Offer to Purchase (dapat 2%)

c) 20 June - Loan buyer approved

d) 21 June - Sign SPA (dapat balance 8% - 2% RPGT)

e) 22 June - Bayar dis

e) 30 June - Lawyer request for redemption statement

f) 11 July - Bank Penjual issue Redemption Statement

g) 12 July - Lawyer bayar RPGT

h) 1 August - Buyer bank dah settlekan (f)... masa ni tak perlu bayar installment dah ..and rekod pun lenyap drp CCRIS...maksudnya boleh beli rumah lain!!

 

i) 4 August - Ada lebihan bila bank pembeli settlekan balance loan aku (banyak kali ni dlm 7k)

 

j) 8 August - Cheque ada di depan mata

 
 

Saturday, August 2, 2014

Jalan-Jalan LA Universal Studio Hollywood, California

Coretan kali ini adalah sambungan daripada cerita Jalan-Jalan LA di SINI.

Pening juga mula-mula nak decide pergi mana? Sebenarnya ada satu weekend sahaja untuk kami pergi berjalan-jalan. Memang dah shortlisted-kan tempat-tempat yang kami nak pergi, sama ada Las Vegas, San Francisco, Florida ataupun LA. Akhirnya kami pilih LA sebab terpengaruh dengan komen dan tulisan penyanyi YUNA, yang dah lama duduk menetap di LA.
Tempat pertama yang kami tujui adalah tak lain dan tak bukan - Universal Studio Hollywood, California. Nak compare juga dengan US Singapore, mana yang lagi best. Nak tengok studionya yang dikatakan sangat gah tu. Tiket nak masuk tu memanglah mahal, USD92 tu per person, tu belum bayar parking lagi USD17 untuk sehari. Untuk parking ni kitaorang memang kemut-lah, ambik yang paling murah, kiranya yang paling jauh daripada park. Yang paling dekat tu rasanya USD30++ juga rege parkingnya.

Jangan convert to RM kalau anda tak nak pening. Anggap sahaja ini peluang seumur hidup. Duit boleh cari lagi dengan menjual rumah baru nanti.
Garmin memang membantu, tapi berpusing-pusing jugakler nak cari parkingnya bila dah sampai kat bawah Universal City tu.

 

 


Otw to the park tu, kita shopping kejap. Jumpalah HRC kat situ dan borong barangan HRC yang biasa… hehehe. T-Shirt yang biasa putih tu regenya USD20. Murah jugaklah kalau nak compare dengan harga kat Budapest & Prague.
 
 
Lepas tu sempat pulak masuk kedai kasut ni.



Cuci mata sahaja sebab memang dah borong satu bag kasut ni masa shopping kat outlet tempoh hari. Lepas tu jumpa King Kong pulak. Aku pasti Si Nadot mesti terkejutlah jumpa makhluk ni kat sini.




Lepas beli tiket aku terus serbu STUDIO TOUR yang dikhabarkan sangat best tu. Kiranya aku ni adalah group pertama untuk hari tu.



Kita boleh pilih Tour Guide ni…nak English, Spanish or Mandarin. Mula-mula memang nak ambik Spanish sebab dapat A kononnya masa belajar kat U dulu. Tapi yang ada cuma pukul 11.00 pagi. Last2 ambik English jelah.

Station Pertama adalah LA Fire Department yang memang banyak digunakan dalam filem mahupun drama. So tak perlulah nak shoot dekat balai bomba LA tu.


Seterusnya adalah set pengambaran untuk bangunan-bangunan kat US ni. Dia buat bangunan kosong je, bila ada filem or drama nanti, baru dia letak signboard semua. Dia tunjukkanlah jugak filem-filem yang dah pakai bangunan-bangunan ni.




Ada jugak STAGE-STAGE yang tengah ada pengambaran di dalamnya, tapi kita tak boleh masuklah.



Seterusnya kami ke set pengambaran DESPERATE HOUSEWIVES. Memang cantiklah set yang dia buat untuk rumah Bree, Lynette, etc.




 

Station seterusnya adalah set yang digunakan semasa pengambaran "War Of The World", cerita Tom Cruise dengan budak kecik yang sangat comel tu. Nampak memang macam real-lah dia buat set pengambaran tu.









Oh dah terlalu panjang pulak entry kali ini. Kita sambung lagi nanti.

Friday, August 1, 2014

Loan Berdasarkan Net Price

Kegilaan membeli rumah, datang lagi pada musim perayaan ni. Tahun 2014 ni dah muncul bulan Julai dah, tapi prestasi aku sangatlah hambar, bagai prestasi pasukan kegemaran Piala Dunia - Sepanyol, so far cuma dapat tangkap satu unit sahaja. Prestasi paling buruk dalam 5 tahun kebelakangan ini.

Aku memang sanggup berhabis bergadai, korek-korek apa-apa simpanan cair (termasuklah duit simpanan tabung haji anak-anak - dapat duit nanti bayar balik?) yang ada untuk beli rumah baru ni. Dengan 70% margin untuk beli EVO SOHO hari itu, kira-kira dah kena keluarkan 50k jugalah as deposit.

Rumah kedua adalah dalam perhatian adalah Saville Kajang (less than 1km to the new MRT station - Kajang). Dah buat persediaan mental dan physical termasuklah clearkan komitmen yang ada untuk lepaskan loan. Dengan margin 70%, deposit yang kena bayar nanti adalah lebih kurang dalam 65k-70k. Unit dah pilih, unit cantik sebab ada orang cancel.

MALANGNYA bila tanya 2 orang panel banker, derang kata LOAN margin untuk projek ini adalah berdasarkan NETT after rebate. Hohoho > 100k jugaklah nak kena keluarkan duit as deposit tu. There...goes my Saville!!
Adakah ini petanda yang aku kena beli KERETA BARU??