Saturday, August 2, 2014

Jalan-Jalan LA Universal Studio Hollywood, California

Coretan kali ini adalah sambungan daripada cerita Jalan-Jalan LA di SINI.

Pening juga mula-mula nak decide pergi mana? Sebenarnya ada satu weekend sahaja untuk kami pergi berjalan-jalan. Memang dah shortlisted-kan tempat-tempat yang kami nak pergi, sama ada Las Vegas, San Francisco, Florida ataupun LA. Akhirnya kami pilih LA sebab terpengaruh dengan komen dan tulisan penyanyi YUNA, yang dah lama duduk menetap di LA.
Tempat pertama yang kami tujui adalah tak lain dan tak bukan - Universal Studio Hollywood, California. Nak compare juga dengan US Singapore, mana yang lagi best. Nak tengok studionya yang dikatakan sangat gah tu. Tiket nak masuk tu memanglah mahal, USD92 tu per person, tu belum bayar parking lagi USD17 untuk sehari. Untuk parking ni kitaorang memang kemut-lah, ambik yang paling murah, kiranya yang paling jauh daripada park. Yang paling dekat tu rasanya USD30++ juga rege parkingnya.

Jangan convert to RM kalau anda tak nak pening. Anggap sahaja ini peluang seumur hidup. Duit boleh cari lagi dengan menjual rumah baru nanti.
Garmin memang membantu, tapi berpusing-pusing jugakler nak cari parkingnya bila dah sampai kat bawah Universal City tu.

 

 


Otw to the park tu, kita shopping kejap. Jumpalah HRC kat situ dan borong barangan HRC yang biasa… hehehe. T-Shirt yang biasa putih tu regenya USD20. Murah jugaklah kalau nak compare dengan harga kat Budapest & Prague.
 
 
Lepas tu sempat pulak masuk kedai kasut ni.



Cuci mata sahaja sebab memang dah borong satu bag kasut ni masa shopping kat outlet tempoh hari. Lepas tu jumpa King Kong pulak. Aku pasti Si Nadot mesti terkejutlah jumpa makhluk ni kat sini.




Lepas beli tiket aku terus serbu STUDIO TOUR yang dikhabarkan sangat best tu. Kiranya aku ni adalah group pertama untuk hari tu.



Kita boleh pilih Tour Guide ni…nak English, Spanish or Mandarin. Mula-mula memang nak ambik Spanish sebab dapat A kononnya masa belajar kat U dulu. Tapi yang ada cuma pukul 11.00 pagi. Last2 ambik English jelah.

Station Pertama adalah LA Fire Department yang memang banyak digunakan dalam filem mahupun drama. So tak perlulah nak shoot dekat balai bomba LA tu.


Seterusnya adalah set pengambaran untuk bangunan-bangunan kat US ni. Dia buat bangunan kosong je, bila ada filem or drama nanti, baru dia letak signboard semua. Dia tunjukkanlah jugak filem-filem yang dah pakai bangunan-bangunan ni.




Ada jugak STAGE-STAGE yang tengah ada pengambaran di dalamnya, tapi kita tak boleh masuklah.



Seterusnya kami ke set pengambaran DESPERATE HOUSEWIVES. Memang cantiklah set yang dia buat untuk rumah Bree, Lynette, etc.




 

Station seterusnya adalah set yang digunakan semasa pengambaran "War Of The World", cerita Tom Cruise dengan budak kecik yang sangat comel tu. Nampak memang macam real-lah dia buat set pengambaran tu.









Oh dah terlalu panjang pulak entry kali ini. Kita sambung lagi nanti.