Friday, August 8, 2014

Revisit - Bangi Avenue

Kalau ada anugerah tulisan terbaik aku dalam blog ni, memang akan jatuh pada tulisan INI. Sampai sekarang masih ada lagi yang masih membaca entry tu. Dan beberapa kali ia telah di -LINK- kan dalam beberapa forum, antaranya forum tersohor lowyat yang sangat ramai pengikutnya itu. 

Dalam tulisan itu, aku ada tulis mengenai kenaikan harga minimum nanti adalah dalam 100k. Kunci dah dapat dan kalau tengok harga kat mudah sekarang, memang pun harga jual dalam 480k-520k. Memang tepat sangatlah tu, lebih 100k. Tahniah kepada semua pembeli...ada yang aku dengar beli 2-3 unit lagi...

Secara jujurnya aku memang TAK BELI. Aku ulang.. TAK BELI. Kenapa? Sebab masa tu aku ada banyak pilihan lain. Sampai tak tahu nak pilih.

Sebab-sebab lain adalah kerana:
a) Kena keluarkan deposit 10%.
b) Kena tunggu 2 tahun.

Sedangkan rumah lain yang aku beli hanya perlu keluarkan 0% (ZERO) deposit dan boleh siap kurang daripada setahun.

Ada yang tanya potensi fasa terbaru Bangi Avenue, yang 3 tingkat tu. Dari segi ruang, memang developer maximisekan sepenuhnya. 7 bilik tu dan 7 bilik air tu. Tapi aku macam kurang berminat sebab saiznya masih 20x70. Nampak rumah tu macam kurus tinggi dari luar. Rumah aku sekarang ada bilik di tingakt 3, dah 2 bulan aku tak naik...sakit kaki naik-turun2 daripada tingakt 3 tu.

Tapi harganya masih murah (588k) kalau nak compare dengan harga rumah sekitarnya.

2 comments:

salfhi said...

Bikin eskalator la bro haha

MH MY said...

3 tingkat tu..pergh..penat nak memanjat.