Friday, September 26, 2014

Saraca @ Setia Ecohill, Semenyih

Received SMS today, luckily they did not send the SMS at 6am like the previous phase.

RM0.00 [ECOHILL] Saraca (22'x75') soft launch, 27/9 (SAT), 9am. Bring RM20K Cheque, MyKad & Authorisation Letter(if any). 1st come 1st served. Info 0387242255
Project Details

a) DSL 22'x75' with BU: 2065 sf.
b) Price: RM670k onwards
c) Number of units: 91
d) Fenced & guarded

No quota for me to buy this one!





Sunday, September 21, 2014

Post Jualan

Jualan Rumah Sendiri telah berakhir, tapi masih ada kerja-kerja admin yang masih aku kena settlekan.

Aku selalu refer balik entry aku kat SINI, untuk pastikan aku tak tertinggal mana-mana item dalam tu.

a) Dapat cheque - Dah dapat dah semua. Dah selamat 30% simpan dalam bank, 40% bayar deposit rumah baru, 30% guna untuk holiday/ renovation rumah.

b) Duit lebihan MRTA bagi mereka yang mengambil MRTA.
Yang ni tak buat lagi, adalah dapat nanti dalam 1k kot.

c) Duit lebihan daripada Pinjaman Perumahan.
Dah dapat dalam 7k lebih kurang

d) Duit lebihan RGPT (Cukai Keuntungan Harta Tanah)
Dah dapat statement drp LHDN. Ada dapat duit lebih sikit kat sini.

e) Duit lebihan Cukai Tanah dan Cukai Taksiran.
Lawyer dah bank in amount prorated sebab aku dah bayar sampai Dec 2014.

p/s belum sempat pergi MBSA untuk tukar nama

f) Duit deposit api air.
Api dah potong sebab boleh buat kat mana-mana cawangan.
Outstanding - Air nak kena pergi SYABAS Klang. Jauhnya...

g) Duit Maintenance Fees - For Apartment/ Condo.
N/A

h) Kes jual rumah lebih atau kurang (dlm SPA).
N/A

i) LAD
N/A

j) Sewa semasa dalam proses belian
N/A

Friday, September 5, 2014

Pengalaman Bekerja/ Business Trip Di USA

Bila pertama kali dengar berita, yang aku kena pergi US selama 3 minggu, memanglah mengujakan sebab tak pernah pergi US kan. So far, paling jauh pun business trip ke EUROPE and AFRICA je. Tapi lama-lama tu bila beberapa kali dah pergi US ni, rasanya macam local outstation je. Cuma bezanya >24 jam duduk dalam flight, tulah yang paling membosankan.

Dulu ada hati juga nak belajar kat US tapi sebab English tu ke laut, manalah peluang tu nak datang. Tapi kawan-kawan yang belajar overseas dulu ada juga kata, pergi masa belajar dan bekerja memang lain sangat. Salah satu sebabnya adalah masa belajar duit pun tak berapa nak ada (average mereka bukanlah orang kaya), so nak jalan pun kira jalan budgetlah dok hostel, takdelah nak mewah-mewah sangat.

Preparation aku mudah je, pastikan semua dokumen cukup. Aku memang tak pernah bawak makanan sebab ada banyak restoran biryani atau restoran turki yang halal kat US. Ada satu restoran Biryani Gam Ayam, harganya cuma USD8.50, boleh makan 2 kali, tengahari dan malam sebab portionnya besar. Lagipun makan ni company tanggung, so memang takde masalah langsung.

Hari-hari makan Biryani Ayam/ Udang/ Kambing atau makanan Turki ni, boleh muntahlah juga. Selang-selilah dengan seafood.


Barang-barang keperluan lain macam US adapter, pakaian tu macam biasalah. Duit maksimum pun aku bawak so far USD1k, sahaja sebab kalau bawak lagi banyak, lagi lebihlah habis duit *mode pengsan*. Yang lain-lain aku pakai AMEX - credit card company (business expenses) atau personal credit card (untuk shopping personal). For personal credit card, kebiasaannya mereka nak tengok passport, so jangan lupalah bawak passport ketika shopping ni.

SHOPPING

Bagi mereka yang minat shopping ni memanglah "heaven" sangat. US memang kaya dengan konsep kedai OUTLETnya yang murah-murah, konsepnya kedai biasa tapi jual barang2 off season yang murah, contohnya Marshall, TJ-MAXX dan kedai budak2 mcm Carters, Osh Kosh etc. Aku dah dua kali beli luggage Samsonite kat Marshall ni.

Lepas tu kat Premium Outlet seperti biasa kena ambik masa satu hari especially kalau baru pertama kali pergi. Kalau kat Premium Outlet ni satu family besar aku memang dah pesan bag COACH. Ada jugak brand2 US lain macam Kate Spade, MK & Tory Burch tapi mungkin agak mahal untuk family aku yang kebanyakkannya orang kampung. Bag paling mahal mereka sekarang ni pun Carlo Rino je. Brand-brand EUROPE mcm Prada, LV, Chanel takde murahnya. Ada one time wifey mintak belikan Pandora, end up harganya lagi mahal.

Kalau jeans Levi's memanglah murah, 501 tu cuma USD29 & USD39, tengok pada designya. Jeans ni memang aku borong banyak. Satu lagi jam TIMEX tu harganya USD10-USD20 je, aku tengok kat Alamanda hari tu regenya 200++. Ramai member yang beli jam FOSIL. Aku ada juga jeling jam TAG yang harganya paling murah USD900.... gulp tak mampu rasanya.

Kalau baju budak2 jangan cakaplah, aku pun pening. Yang trip baru-baru ni aku tak beli langsung kecuali belikan orang sorang member yang baru dapat baby boy. Sekadar menyebut beberapa jenama OshKosh, Carters, Gap memang murah kalau bandingkan jenama yang sama kat Malaysia. Satu lagi mainan budak2, anak pompuan aku memang peminar tegar FROZEN, yang lelaki pulak Transformer, mainan yang boleh tukar jadi robot kete tu, kat Walmart harganya murah 50% daripada yang kat Toy Ur Us.

Kalau sapa-sapa yang minat baju Polo Ralph Lauren, memang berbaloi sangat beli. Sebagai penggemar tegar jenama ni, sekali pergi at least 4-5 helai aku beli.

Kalau diikutkan, 2 luggage aku sebelum ini memang penuh dengan pinggan mangkuk Corelle dan barang electric US e.g. Kitchen Aid. Contohnya mixer KA yang kat sini regenya hari tu dah tawar2 pun, masa homedec cuma dapat RM2300, kat US harganya cuma USD245. Pinggan mangkuk Correle harganya murah sikit daripada kat Australia. Tengok jugaklah kalau ada discount.

Kalau cerita shopping memang tak habis. Bila dah shopping ni kena entitle untuk claim VAT. Next entry kita citer macam mana nak claim VAT ni.