Sunday, September 21, 2014

Post Jualan

Jualan Rumah Sendiri telah berakhir, tapi masih ada kerja-kerja admin yang masih aku kena settlekan.

Aku selalu refer balik entry aku kat SINI, untuk pastikan aku tak tertinggal mana-mana item dalam tu.

a) Dapat cheque - Dah dapat dah semua. Dah selamat 30% simpan dalam bank, 40% bayar deposit rumah baru, 30% guna untuk holiday/ renovation rumah.

b) Duit lebihan MRTA bagi mereka yang mengambil MRTA.
Yang ni tak buat lagi, adalah dapat nanti dalam 1k kot.

c) Duit lebihan daripada Pinjaman Perumahan.
Dah dapat dalam 7k lebih kurang

d) Duit lebihan RGPT (Cukai Keuntungan Harta Tanah)
Dah dapat statement drp LHDN. Ada dapat duit lebih sikit kat sini.

e) Duit lebihan Cukai Tanah dan Cukai Taksiran.
Lawyer dah bank in amount prorated sebab aku dah bayar sampai Dec 2014.

p/s belum sempat pergi MBSA untuk tukar nama

f) Duit deposit api air.
Api dah potong sebab boleh buat kat mana-mana cawangan.
Outstanding - Air nak kena pergi SYABAS Klang. Jauhnya...

g) Duit Maintenance Fees - For Apartment/ Condo.
N/A

h) Kes jual rumah lebih atau kurang (dlm SPA).
N/A

i) LAD
N/A

j) Sewa semasa dalam proses belian
N/A