Thursday, October 2, 2014

Jual Rumah Ketika Dalam Pembinaan - Siri 1

Sebenarnya ramai yang tanya aku soalan ini. Aku pada mulanya malas nak layan soalan-soalan sebegini sebab ianya akan mengundang pandangan dan juga reaksi negatif segelintir pihak, termasuklah pelabur hartanah sendiri. Keluarlah nanti ayat-ayat mengenai etika, keadilan dan sebagainya.

Sebelum itu aku dah remove bahagian komen blog ni, so nanti takdelah tulisan-tulisan yang menyakitkan hati. Blog aku pun, biaq pi aku nak tulias apa.

Sebagai mukadimahnya, aku bagitau caranya. Agent akan dok call-call rumah-rumah yang "hot". Dalam kes sekarang bagi rumah Seri Jati, memang tak pernah ada hari yang takde orang call.

Kalau dah dapat buyer sama ada cari sendiri atau melalui agent seperti biasa buyer akan bayar booking 2% atau 3% and kita akan keluarkan LOI.

Berkenaan SPA pula, ada 3 cara:

a) Kita tak buat SPA, hanya agreement kata buyer nak beli/ booking rumah sekian-sekian harga.

b) Kita buat SPA, tapi tak buat stamping.

c) Kita buat SPA dan stamping semua. Dalam kes ini, buyer dah boleh cari loan.

Kita sambung nanti apa kebaikan dan keburukan/ risiko bagi kesemua cara ini.