Sunday, October 26, 2014

Jual Rumah Ketika Dalam Pembinaan - Siri 2

Bang... boleh tak saya nak buat macam ni? Saya beli 2 rumah dalam pembinaan, nak jual masa siap kena tunggu 2 tahun. Kalau saya bayar booking ambik loan, buat SPA then jual, then rolling lagi beli 2 unit lain. Dalam masa 2 tahun saya boleh jual-beli2 at least 10 buah rumah.

Apa jawapannya? Jangan buat macam ni Dik.. nanti bila adik buat.. sure keluar pulak buku beli 20 buah rumah dalam masa dua tahun.

Prosesnya tidak semudah seperti yang anda fikirkan.

99.99% developer tak akan bagi proses tukar nama selagi rumah tak siap. Mana 0.01% tu? Sepanjang saya berkecimpung dalam bidang hartanah ni hanya satu kes sahih yang saya tahu, yang developernya bagi tukar nama.

Jadi kenapa nak jual juga?
Biasanya kes ini berlaku bagi projek2 yang hot. Orang nak beli tapi rumah dah habis. So buyer terpaksa beli dalam pasaran subsale.

Bila dah ada orang nak beli pada masa dalam pembinaan, untung pulak lumayan, terus lock harga buat SPA.

Lepas tu bila rumah siap, harga naik lagi 50k, menganga mulut?