Wednesday, November 26, 2014

Soal Jawab Hartanah Untuk Newbie

Soalan :

Saya rasa macam nak pegang/ada duit 100k dalam tangan just in case ada emergency. Rasa-rasanya berbaloi tak kalau saya jual rumah saya sekarang.

Beli 200k, Nak Jual sekarang 350k.

Semua Kiraan hanyalah secara KASAR

Jawapan - betul dik, kalau ada 100k bawah bantal memang nyenyak tidur hari-hari.

Kita kira RPGT dulu:
RPGT 4-5 tahun adalah 15%
Kiraan kasar 22.5k (tanpa mengambil kira tolakkan)

Untung Kasar 150k-10k (misc charges) - 22.5k
Untung Bersih ~117.5k

Unless kalau memang sesak nak pakai duit, saya cadangkan hold for another year so that RPGT = ZERO. Beza RPGT from tahun keempat dan tahun kelima memang banyak, iaitu 15%.

Walaupun dijangkakan harga rumah tak naik sangat pada tahun 2015/2016 (kecuali pada kawasan hot yang dirahsiakan), tapi you dah boleh save kat RPGT, 22.5k tu. Sebulan banyak tu ~1800, sapa nak bagi.

Nak harapkan loan reduction mmg ciput dalam masa setahun, sebab 30 (pokok)-70 (bunga) concept, so memang tak boleh harap sgt walaupun yang membayar loan tiap-tiap bulan itu adalah penyewa.

Unless adik ni investor tegar seperti saya, barulah boleh jual sekarang. Sebab saya guna concept macam MLM. Jual satu dapat 117k tu, terus beli 4 buah rumah untuk dapatkan 117k x 4 profit masa depan dan seterusnya beranak pinak 117k x 4 x 4 pada cycle seterusnya....

Sunday, November 23, 2014

Pembeli Rumah Banyak Karenah

Dalam banyak-banyak buyer rumah aku, buyer yang terakhir inilah yang kiaranya mencabar jiwa dan tenaga aku. Selalunya nak sign SPA senang je, kali ni banyak pulalah condisinya.

Sebab aku pun nak belajar, jadi aku ikutkan sahaja rentaknya. Mungkin dia ada pengalaman pahit dalam jual beli rumah sebelum ini.

Mula-mula dia mintak record CTOS, sebab takut aku bankrupt or under legal preceeding.

Lepas tu dia mintak surat from developer yang mengesahkan unit tu aku punya.

Lepas tu mintak pulak surat yang mengatakan yang aku takde hutang apa-apa dengan developer dan maintenance office.

Hmmm...

Thursday, November 20, 2014

Begonia, Bellucia, Bartonia Setia Eco Hill

Please refer this LINK for the whole master plan of Setia Eco Hills.

I received an e-mail for the upcoming launch @Setia Eco Hill, the final phase of 20 x 70 Double Storey Terrace House.

Details:
a) Built-up from ~1930 sqft
b) Price from ~598k
c) Public launch 29 November


Monday, November 17, 2014

Bagaikan Pembeli Rumah Dari Syurga

Sebelum ini aku ada terbaca kisah blogger tulis penyewa impian dari syurga, tapi pernahkah anda mendengar kisah pembeli rumah dari syurga.

Betullah kata orang, penampilan luaran tidak menjamin dialah pembeli terbaik untuk rumah kita. Kalau berbaju HACKETT dah berkereta VW tak semestinya dia banyak "cash". Kisahnya pembeli rumah aku dengan baju kotor @mekanik (seperti yang aku ceritakan sebelum ini), aku memang tak yakin sangat pada mulanya, dengan dia ni.

Kenapa aku kata dia ni pembeli idaman? Cuba tengok kriteria-kriteria di bawah:

a) Deal nak beli rumah dalam masa sehari. Lepas call wife dia, terus cakap jadi.
b) Loan dia lulus dalam masa 3 hari.
c) Lepas seminggu terus sign SPA (pembeli biasa selalunya 3 minggu baru sign SPA).
d) Lawyer yang dia pilih memang superb servicenya.
e) Bila aku punya bank keluarkan balance loan, terus dia issue cheque balance utk bayar kat aku, Tapi lawyer hold dulu until process settle.
f) Bil Api Air semua dia yang potongkan. Aku cuma dtg TNB n SYABAS utk collect deposit api air je. Kalau buyer-buyer lain, selagi kita tak potong, selagi itulah dia pakai api air atas nama kita.
g) Dan hari ini aku nak tukar nama @MBSA, tup tup pegawai tu kata pembeli dah tukar nama.

Alhamdulillah....

Tuesday, November 11, 2014

SAPS - Semak Keputusan Peperiksaan Secara Online oleh Ibu Bapa

Maklumat kini boleh didapati di hujung jari. Peperiksaan akhir tahun telahpun berakhir, ibu bapa sekarang dah tak perlu tunggu kertas peperiksaan anak-anak, sebaliknya boleh check terus secara online di alamat berikut : SEMAKAN IBU BAPA

Ada sekolah yang menyediakan semakan seawal darjah satu tetapi kebanyakkannya bermula darjah empat.

Cool bukan...

Memang senang nak pantau prestasi anak-anak sebab result pertengahan tahun, akhir tahun, tahun lepas semuanya ada. Anak-anak pula dah tak boleh sorok paper kalau keputusannya kurang memberangsangkan.



Thursday, November 6, 2014

Gemilang, Kota Bayuemas - InP

IPHOME : Phase A13 Gemilang, Double Storey Terrace @ Kota Bayuemas is open for sale on 8 Nov 2014 from 10.00am to 5.00pm. Selling price from RM650,888. First Come First Served Basis. Bring BDraft / Cheque amounting to RM10,000.00 & 2 copies IC. Visit us or Call 03-3325 1700 for further details.

Size 22 x 80, Build-Up 2k++.

Tuesday, November 4, 2014

Masalah Sayangkan Rumah

Sebenarnya aku nak share lagi pasal Seri Jati yang baru dapat kunci. Janganlah bosan membacanya pulak. Btw aku masih tak ambik kunci sebab masih tidak berkesempatan.

Ada beberapa soalan yang datang ke dalam kotak e-mail aku:

a) Tuan saya pening dan tak tahu nak buat macamana dengan rumah tu. Sebenarnya saya sayang sangat rumah tu - Ini adalah masalah orang sayang nak jual rumah. Kalau tak nak jual, sewakan, senang cerita.

b) Rasa sayang sangat nak jual especially bila mengenangkan kena bayar RPGT 45-55k. Macam buang duit begitu sahaja - Betul saya ada perasaan yang sama.

c) Kalau diikutkan dah tak dapat harga < 200k untuk keluasan rumah 800++sqft - Betul.

d) Kalau saya jual, saya dapat cash > 100k. Nak juga merasa duit cash banyak macam tu - Kalau nak main flip dik, jual satu rumah beli empat rumah yang lain...jangan beli satu..joli katak sampai habis duit.