Monday, November 17, 2014

Bagaikan Pembeli Rumah Dari Syurga

Sebelum ini aku ada terbaca kisah blogger tulis penyewa impian dari syurga, tapi pernahkah anda mendengar kisah pembeli rumah dari syurga.

Betullah kata orang, penampilan luaran tidak menjamin dialah pembeli terbaik untuk rumah kita. Kalau berbaju HACKETT dah berkereta VW tak semestinya dia banyak "cash". Kisahnya pembeli rumah aku dengan baju kotor @mekanik (seperti yang aku ceritakan sebelum ini), aku memang tak yakin sangat pada mulanya, dengan dia ni.

Kenapa aku kata dia ni pembeli idaman? Cuba tengok kriteria-kriteria di bawah:

a) Deal nak beli rumah dalam masa sehari. Lepas call wife dia, terus cakap jadi.
b) Loan dia lulus dalam masa 3 hari.
c) Lepas seminggu terus sign SPA (pembeli biasa selalunya 3 minggu baru sign SPA).
d) Lawyer yang dia pilih memang superb servicenya.
e) Bila aku punya bank keluarkan balance loan, terus dia issue cheque balance utk bayar kat aku, Tapi lawyer hold dulu until process settle.
f) Bil Api Air semua dia yang potongkan. Aku cuma dtg TNB n SYABAS utk collect deposit api air je. Kalau buyer-buyer lain, selagi kita tak potong, selagi itulah dia pakai api air atas nama kita.
g) Dan hari ini aku nak tukar nama @MBSA, tup tup pegawai tu kata pembeli dah tukar nama.

Alhamdulillah....