Wednesday, November 26, 2014

Soal Jawab Hartanah Untuk Newbie

Soalan :

Saya rasa macam nak pegang/ada duit 100k dalam tangan just in case ada emergency. Rasa-rasanya berbaloi tak kalau saya jual rumah saya sekarang.

Beli 200k, Nak Jual sekarang 350k.

Semua Kiraan hanyalah secara KASAR

Jawapan - betul dik, kalau ada 100k bawah bantal memang nyenyak tidur hari-hari.

Kita kira RPGT dulu:
RPGT 4-5 tahun adalah 15%
Kiraan kasar 22.5k (tanpa mengambil kira tolakkan)

Untung Kasar 150k-10k (misc charges) - 22.5k
Untung Bersih ~117.5k

Unless kalau memang sesak nak pakai duit, saya cadangkan hold for another year so that RPGT = ZERO. Beza RPGT from tahun keempat dan tahun kelima memang banyak, iaitu 15%.

Walaupun dijangkakan harga rumah tak naik sangat pada tahun 2015/2016 (kecuali pada kawasan hot yang dirahsiakan), tapi you dah boleh save kat RPGT, 22.5k tu. Sebulan banyak tu ~1800, sapa nak bagi.

Nak harapkan loan reduction mmg ciput dalam masa setahun, sebab 30 (pokok)-70 (bunga) concept, so memang tak boleh harap sgt walaupun yang membayar loan tiap-tiap bulan itu adalah penyewa.

Unless adik ni investor tegar seperti saya, barulah boleh jual sekarang. Sebab saya guna concept macam MLM. Jual satu dapat 117k tu, terus beli 4 buah rumah untuk dapatkan 117k x 4 profit masa depan dan seterusnya beranak pinak 117k x 4 x 4 pada cycle seterusnya....