Wednesday, December 31, 2014

Rumah Baru Diserang Anai-Anai – Part 2

Dalam dok ding dong-ding dong, aku tak sedar yang anai-anai itu telah mengganas lebih teruk. Spray tu hanya berkesan untuk area yang kita spray sahaja. Lepas itu dia merebak ke kawasan yang lebih besar sehinggalah menghabiskan kayu-kayu pada satu dinding.

Aku mulai cemas. Nampaknya memang tak boleh diamkan ni. Habis rumah ini nanti nampaknya dikerjakan anai-anai. Aku gugel kat web site dan nampak seorang mamat ni yang buat termite control guna sistem SENTRICON.

Dia datang rumah dan ketuk-ketuk sana sini dan seterusnya dia suggest untuk gunakan kaedah "baiting". Spray memang tak berkesan, termite control yang cucuk tanah tu pula boleh buat later.

Aku pun tak faham sangat apa yang dia explain tapi sebenarnya kaedah ini boleh buat sendiri. Beli sahaja Termite DIY yang banyak dijual di pasaran. Cuba kita tengok step-stepnya kat bawah ni:

a) Melalui kaedah ini, dia ada bagi benda macam tepung putih, plastik dan kotak.

b) Buat lubang dalam plastik, letakkan pada spot-spot yang ada anai-anai dan tutup kotak tadi.

c) Tepung itu macam makanan anai-anai tapi sebenarnya adalah racun.

d) Lepas makan tu, anai-anai akan bawa tepung tu balik ke koloni mereka dan dimuntahkan untuk dimakan oleh koloni-koloni yang lain.

e) Koloni anai-anai itu collapse, bila permaisuri pun termakan tepung itu, seterusnya mati dan tak boleh bertelur lagi.

Sebab aku lambat sangat bertindak, ia mengambil masa lebih kurang 1 bulan dan 2 minggu juga untuk bunuh keseluruhan koloni anai-anai tu. Pada masa sebulan yang awal tu nampak memang anai-anai pekerja dah mati. Bila anai-anai pekerja mati, keluarlah anai-anai soldier pula. Ambik 2 minggu jugalah nak bunuh anai-anai soldier ni dan seterusnya keselruhan koloni.

Aku memang dah serik sekarang, kalau nampak je semut putih tu kat mana-mana, rasa trauma pun ada.



Monday, December 29, 2014

Rumah Baru Diserang Anai-Anai – Part 1

 


Luluh hati ini bila tengok rumah yang baru dapat kunci telah diserang anai-anai. Tengok foto di atas dah tahu betapa teruknya anai-anai ini bila menyerang. Habis kayu-kayu semua di lanyaknya. Macam manalah nak jual nanti atau sewakan rumah macam ni, aniaya je orang yang akan dapat rumah ini nanti. Mahu kena sumpah hari-hari dengan pembeli/penyewa ni.


Pertama kali tengok tu, cuma ada satu spot bunyi “tik tik tik”, bila korek-korek keluarlah semut putih. Sebagai orang yang tiada pengalaman, aku jangkakan ini hanyalah perkara kecil. Aku belilah spray untuk buang/bunuh anai-anai dan spray kat sekeliling spot tu. Lepas tu senyap kejap. Ingatkan kisah anai-anai ini berakhir di sini.

Aku complain lah dekat pemaju, kenapa rumah baru dah ada anai-anai. Check juga warranty derang memang ada cover termite control. Bila check betul-betul dan sempat bergaduh jugalah dengan developer, rupa-rupanya coveragenya cumalah:
a)      Spray satu rumah – cheapskate!!
 
b)      Lepas tu siap kata mungkin anai-anai datang daripada paip elektrik. Ada ke macam ni.


Memang pening jugalah aku cari info sana-sini, call developer mengenai warranty ni memang tak membantu sangat. Mulanya aku nak panggil jugalah untuk spray, tapi bila baca mengenai termite control ni, spray ni cuma akan membunuh anai-anai yang kat luar. Yang dalam kayu/ tanah, satu koloni dia tak akan mati, dia cuma akan berpindah ke tempat lain. Mungkin dia akan serang bahagian rumah yang lain atau berpindah ke rumah jiran.


Lepas tu aku terbaca pasal "baiting", next entry aku cerita pasal baiting ni yang aku rasa cara terbaik untuk membunuh satu koloni anai-anai termasuklah permaisuri dia.

 

Tuesday, December 23, 2014

Seri Binjai - Rahang, Seremban

Mendengar nama projek perumahan ini – SERI BINJAI, jangan pula keliru dengan projek mewah Binjai-Binjai lain sekitar KLCC seperti Binjai On The Park, Binjai 8 ataupun Binjai Residency. Saya sendiri pun pada awalnya tertanya-tanya juga, kondo mana lagilah yang nak dilancarkan di kawasan emas KLCC itu.

 
Melayari url ini, www.seribinjai.com merupakan projek perumahan bertanah (landed property) sebanyak 348 unit di kawasan Rahang, Seremban. Kalau orang yang familiar atau sudah biasa dengan area Seremban, memang tahulah lokasinya amat strategik iaitu:

a)      Kira-kira 10 minit pemanduan ke pusat bandar, 1km jaraknya dari Senawang tol dan juga berdekatan dengan Stesen KTM Senawang.

b)      Jaringan ke lebuh raya yang baik kerana berdekatan dengan rangkaian PLUS, LEKAS dan Seremban Middle Ring Road.
 
c)       Kawasan pembangunan sekitarnya juga telah mature dan adanya hypermarket seperti  Tesco Extra, Econsave dan juga MYDIN (yang akan dibuka).
 
d)      Berdekatan juga dengan pejabat-pejabat kerajaan seperti
  • JPJ Negeri Sembilan 
  • Jabatan Kastam Negeri Sembilan
  • Lembaga Pertubuhan Peladang
  • Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan
  • Hospital Tuanku Jaafar
 
Saya masih belum teruja sehinggalah terbaca mengenai developernya iaitu IJM. Reputasi IJM memang tidak perlu di pertikaikan lagi terutamanya di kawasan bandar Seremban ini. Sebagai pembeli rumah yang mempunyai pengalaman membeli rumah “hampir” terbengkalai atau lambat siap, saya memang sentiasa berjaga-jaga dengan faktor developer ini.

Apa yang paling menarik mengenai projek ini adalah konsep terancang perumahan eksklusif berpagar dan guarded (F&G), yang mempunyai hanya satu jalan masuk dan satu jalan keluar sahaja.


SEBABNYA mudah:
a)      Cuba bandingkan harga semasa (market price) kawasan perumahan F&G dengan kawasan perumahan tidak berpagar? Banyak bezanya tu!

b)      Cuba lihat kawasan perumahan yang dipasang pagar sendiri oleh persatuan penduduk. Nampak memang sangat tidak teratur.

c)       Pernahkah anda dengar pemasangan pagar tidak disahkan oleh pihak berkuasa tempatan?
 
Memang telah terbukti aspek keselamatan ini sangat penting dan ianya telah menjadi salah satu kriteria utama pembeli rumah. Di mana datangnya jiwa yang aman kalau hari-hari hidup dalam kerisauan memikirkan keselamatan keluarga kita.

Inilah keistimewaan projek Seri Binjai ini, sebab di Rahang, rumah-rumah teres yang ada di sana adalah rumah tidak berpagar dan guarded (F&G).



Sunday, December 21, 2014

Regia, Sime Darby Elmina - Progress Dec 2014

Benda yang paling menakutkan dalam pelaburan hartanah adalah bila rumah tak siap. Lagi mengerikan kalau developer itu pula bankrup. nak saman pun tak tau boleh dapat gantirugi ke tidak. Kalau setakat delay 3-6 bulan tu bolehlah tahan lagi, tapi kalau delay bertahun-tahun tak ke haru jadinya.

Aku sempat melawat tapak Regia, salah satu projek Sime Darby Elmina awal December hari tu. SA kata VP bulan May 2015. Nak tengok jugalah boleh ke siap pada pertengahan tahun depan ni.

Bila sampai tu, kecewa jugalah tengok lanscape dia sekarang ni, berbeza sangat kalau nak dibandingkan dengan lanscape projek extravaganza dan meletup Eco Majestic tu ataupun yang rendah sikit tarafnya, Tropicana Heights di Kajang. Aku masih positif lagi, mungkin Sime Darby sekarang ni sibuk nak menyiapkan rumah-rumah projek yang awal.

Kalau tengok foto-foto kat bawah ni, InsyaAlah boleh siap Q3 tahun 2015.

Struktur rumah semua dah siap. Design yang moden.

Memang luas car porch 30 kaki ni. Boleh muat 2 + 1 kereta.

Lapang macam ni susah nak decorate ni nanti

Memang nampak luas
 
 

Thursday, December 18, 2014

Almyra Residences Bandar Puteri Bangi

Bandar Bukit Mahkota sudah bertukar wajah. Mungkin bertukar menjadi lebih baik ditangan developer tersohor. Siapa yang tak pernah dengar nama IOI. Nama township pun menjadi lebih komersil - Bandar Puteri Bangi.

Lepas tu bila dengar IOI PROP nak launch Service Apt 300k, rasa macam berminatlah juga. Lepas diskaun mungkin boleh dapat bawah 300k.... but yang tak syoknya harganya akan naik bila launch nanti.

Dulu dah pernah call bertanyakan projek Almyra Resinden ni. Ada 4 blok, 660 unit dengan 3 saiz yang berlainan:

a) 923 sqft
b) 1063 sqft
c) 1240 sqft

Kalau 300k/923 = 325psf. OK sangatlah tu.

Updated 4/1 - the price starts at 360,800


Thursday, December 11, 2014

Alam Budiman Shah Alam - Pangsapuri Mampu Milik By SHL




Memandangkan entry Pangsapuri Mampu Milik mendapat sambutan yang baik (ramai yang berminat) daripada pembaca semua, mari kita tengok satu lagi rumah dalam kategori ini.

Harganya di bawah 200k, 5 tingkat, Block 1 -12  dan unit-unitnya berjumlah 500++ sahaja.

Tuesday, December 9, 2014

Sentosa Setia Alam - More Information

Ada yang minta aku post lagi kalau ada foto-foto lain mengenai pangsapuri ini. Aku faham benar nak pergi Setia Alam tu jauh, petrol cost lagi, memanglah sangat tak berbaloi.


Boleh tengok layout kat atas tu, nampak functional-wise OKlah. Blog ni dah habis kuota agaknya sebab aku cuma boleh letak satu foto sahaja at every post (kecuali guna PICASA).

Keluasannya adalah 700sqt. Dengan harga 42k memanglah sangat murah kalau nak compare dengan harga Suria Raflessia 22Xk yang aku beli baru-baru ini. Keluasannya sama 700sqt. Kalau diikutkan jangkaan siap adalah pada pertengahan 2017.

Jumlah unit adalah lebih kurang ~800 unit. Rasanya takde lif sebab cuma 5 tingkat.

Kita tengok syarat kelayakan dia:
  • Pendapatan maksimum isi rumah adalah RM8,000.00 sebulan;
  • Pemohon (suami/isteri) tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor.
  • Pemohon bujang yang mempunyai tanggungan keluarga boleh memohon
  • Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.


Friday, December 5, 2014

Sentosa - Pangsapuri 42k Di Setia Alam



Hari tu sempat pergi Setia Alam ambik kunci Seri Jati. Tetiba terpandang pansapuri di atas, mata terus melilau macam orang kena daun ketum cari SA.

SA cakap harganya 42k, requirement macam biasa under Perumahan Kos Rendah Kerajaan Selangor. Sesiapa yang layak tu, rajin-rajinlah daftar dan beli rumah ni.

Mana ada rumah harga 42k sekarang ni..

Monday, December 1, 2014

Melabur Pada Usia Senja

Sempat aku berhubung dengan My Sifu. Umurnya sekarang pun dah 40an++.

Dikhabarkan bank dah tak nak bagi dia loan lagi, pertama sebab umur dan keduanya komitmen semasa. Dia memang kaki jual-beli2 macam aku juga tetapi dipengakhiran episod, dia simpan harta yang tebaik dan tak menjualnya pada usia senja ni.

Aku terfikir macamanalah usia aku menginjak ke angka 40 nanti? Aku harap masa tu aku ada harta-harta yang terbaik sebagai persediaan persaraan dan eeducation fund yang cukup unuk anak-anak nanti...

Ajal maut ditangan tuhan... kita hanya merancang dan berusaha sehabis baik..