Sunday, December 21, 2014

Regia, Sime Darby Elmina - Progress Dec 2014

Benda yang paling menakutkan dalam pelaburan hartanah adalah bila rumah tak siap. Lagi mengerikan kalau developer itu pula bankrup. nak saman pun tak tau boleh dapat gantirugi ke tidak. Kalau setakat delay 3-6 bulan tu bolehlah tahan lagi, tapi kalau delay bertahun-tahun tak ke haru jadinya.

Aku sempat melawat tapak Regia, salah satu projek Sime Darby Elmina awal December hari tu. SA kata VP bulan May 2015. Nak tengok jugalah boleh ke siap pada pertengahan tahun depan ni.

Bila sampai tu, kecewa jugalah tengok lanscape dia sekarang ni, berbeza sangat kalau nak dibandingkan dengan lanscape projek extravaganza dan meletup Eco Majestic tu ataupun yang rendah sikit tarafnya, Tropicana Heights di Kajang. Aku masih positif lagi, mungkin Sime Darby sekarang ni sibuk nak menyiapkan rumah-rumah projek yang awal.

Kalau tengok foto-foto kat bawah ni, InsyaAlah boleh siap Q3 tahun 2015.

Struktur rumah semua dah siap. Design yang moden.

Memang luas car porch 30 kaki ni. Boleh muat 2 + 1 kereta.

Lapang macam ni susah nak decorate ni nanti

Memang nampak luas