Monday, December 29, 2014

Rumah Baru Diserang Anai-Anai – Part 1

 


Luluh hati ini bila tengok rumah yang baru dapat kunci telah diserang anai-anai. Tengok foto di atas dah tahu betapa teruknya anai-anai ini bila menyerang. Habis kayu-kayu semua di lanyaknya. Macam manalah nak jual nanti atau sewakan rumah macam ni, aniaya je orang yang akan dapat rumah ini nanti. Mahu kena sumpah hari-hari dengan pembeli/penyewa ni.


Pertama kali tengok tu, cuma ada satu spot bunyi “tik tik tik”, bila korek-korek keluarlah semut putih. Sebagai orang yang tiada pengalaman, aku jangkakan ini hanyalah perkara kecil. Aku belilah spray untuk buang/bunuh anai-anai dan spray kat sekeliling spot tu. Lepas tu senyap kejap. Ingatkan kisah anai-anai ini berakhir di sini.

Aku complain lah dekat pemaju, kenapa rumah baru dah ada anai-anai. Check juga warranty derang memang ada cover termite control. Bila check betul-betul dan sempat bergaduh jugalah dengan developer, rupa-rupanya coveragenya cumalah:
a)      Spray satu rumah – cheapskate!!
 
b)      Lepas tu siap kata mungkin anai-anai datang daripada paip elektrik. Ada ke macam ni.


Memang pening jugalah aku cari info sana-sini, call developer mengenai warranty ni memang tak membantu sangat. Mulanya aku nak panggil jugalah untuk spray, tapi bila baca mengenai termite control ni, spray ni cuma akan membunuh anai-anai yang kat luar. Yang dalam kayu/ tanah, satu koloni dia tak akan mati, dia cuma akan berpindah ke tempat lain. Mungkin dia akan serang bahagian rumah yang lain atau berpindah ke rumah jiran.


Lepas tu aku terbaca pasal "baiting", next entry aku cerita pasal baiting ni yang aku rasa cara terbaik untuk membunuh satu koloni anai-anai termasuklah permaisuri dia.