Wednesday, December 31, 2014

Rumah Baru Diserang Anai-Anai – Part 2

Dalam dok ding dong-ding dong, aku tak sedar yang anai-anai itu telah mengganas lebih teruk. Spray tu hanya berkesan untuk area yang kita spray sahaja. Lepas itu dia merebak ke kawasan yang lebih besar sehinggalah menghabiskan kayu-kayu pada satu dinding.

Aku mulai cemas. Nampaknya memang tak boleh diamkan ni. Habis rumah ini nanti nampaknya dikerjakan anai-anai. Aku gugel kat web site dan nampak seorang mamat ni yang buat termite control guna sistem SENTRICON.

Dia datang rumah dan ketuk-ketuk sana sini dan seterusnya dia suggest untuk gunakan kaedah "baiting". Spray memang tak berkesan, termite control yang cucuk tanah tu pula boleh buat later.

Aku pun tak faham sangat apa yang dia explain tapi sebenarnya kaedah ini boleh buat sendiri. Beli sahaja Termite DIY yang banyak dijual di pasaran. Cuba kita tengok step-stepnya kat bawah ni:

a) Melalui kaedah ini, dia ada bagi benda macam tepung putih, plastik dan kotak.

b) Buat lubang dalam plastik, letakkan pada spot-spot yang ada anai-anai dan tutup kotak tadi.

c) Tepung itu macam makanan anai-anai tapi sebenarnya adalah racun.

d) Lepas makan tu, anai-anai akan bawa tepung tu balik ke koloni mereka dan dimuntahkan untuk dimakan oleh koloni-koloni yang lain.

e) Koloni anai-anai itu collapse, bila permaisuri pun termakan tepung itu, seterusnya mati dan tak boleh bertelur lagi.

Sebab aku lambat sangat bertindak, ia mengambil masa lebih kurang 1 bulan dan 2 minggu juga untuk bunuh keseluruhan koloni anai-anai tu. Pada masa sebulan yang awal tu nampak memang anai-anai pekerja dah mati. Bila anai-anai pekerja mati, keluarlah anai-anai soldier pula. Ambik 2 minggu jugalah nak bunuh anai-anai soldier ni dan seterusnya keselruhan koloni.

Aku memang dah serik sekarang, kalau nampak je semut putih tu kat mana-mana, rasa trauma pun ada.