Tuesday, December 9, 2014

Sentosa Setia Alam - More Information

Ada yang minta aku post lagi kalau ada foto-foto lain mengenai pangsapuri ini. Aku faham benar nak pergi Setia Alam tu jauh, petrol cost lagi, memanglah sangat tak berbaloi.


Boleh tengok layout kat atas tu, nampak functional-wise OKlah. Blog ni dah habis kuota agaknya sebab aku cuma boleh letak satu foto sahaja at every post (kecuali guna PICASA).

Keluasannya adalah 700sqt. Dengan harga 42k memanglah sangat murah kalau nak compare dengan harga Suria Raflessia 22Xk yang aku beli baru-baru ini. Keluasannya sama 700sqt. Kalau diikutkan jangkaan siap adalah pada pertengahan 2017.

Jumlah unit adalah lebih kurang ~800 unit. Rasanya takde lif sebab cuma 5 tingkat.

Kita tengok syarat kelayakan dia:
  • Pendapatan maksimum isi rumah adalah RM8,000.00 sebulan;
  • Pemohon (suami/isteri) tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor.
  • Pemohon bujang yang mempunyai tanggungan keluarga boleh memohon
  • Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.