Tuesday, December 23, 2014

Seri Binjai - Rahang, Seremban

Mendengar nama projek perumahan ini – SERI BINJAI, jangan pula keliru dengan projek mewah Binjai-Binjai lain sekitar KLCC seperti Binjai On The Park, Binjai 8 ataupun Binjai Residency. Saya sendiri pun pada awalnya tertanya-tanya juga, kondo mana lagilah yang nak dilancarkan di kawasan emas KLCC itu.

 
Melayari url ini, www.seribinjai.com merupakan projek perumahan bertanah (landed property) sebanyak 348 unit di kawasan Rahang, Seremban. Kalau orang yang familiar atau sudah biasa dengan area Seremban, memang tahulah lokasinya amat strategik iaitu:

a)      Kira-kira 10 minit pemanduan ke pusat bandar, 1km jaraknya dari Senawang tol dan juga berdekatan dengan Stesen KTM Senawang.

b)      Jaringan ke lebuh raya yang baik kerana berdekatan dengan rangkaian PLUS, LEKAS dan Seremban Middle Ring Road.
 
c)       Kawasan pembangunan sekitarnya juga telah mature dan adanya hypermarket seperti  Tesco Extra, Econsave dan juga MYDIN (yang akan dibuka).
 
d)      Berdekatan juga dengan pejabat-pejabat kerajaan seperti
  • JPJ Negeri Sembilan 
  • Jabatan Kastam Negeri Sembilan
  • Lembaga Pertubuhan Peladang
  • Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan
  • Hospital Tuanku Jaafar
 
Saya masih belum teruja sehinggalah terbaca mengenai developernya iaitu IJM. Reputasi IJM memang tidak perlu di pertikaikan lagi terutamanya di kawasan bandar Seremban ini. Sebagai pembeli rumah yang mempunyai pengalaman membeli rumah “hampir” terbengkalai atau lambat siap, saya memang sentiasa berjaga-jaga dengan faktor developer ini.

Apa yang paling menarik mengenai projek ini adalah konsep terancang perumahan eksklusif berpagar dan guarded (F&G), yang mempunyai hanya satu jalan masuk dan satu jalan keluar sahaja.


SEBABNYA mudah:
a)      Cuba bandingkan harga semasa (market price) kawasan perumahan F&G dengan kawasan perumahan tidak berpagar? Banyak bezanya tu!

b)      Cuba lihat kawasan perumahan yang dipasang pagar sendiri oleh persatuan penduduk. Nampak memang sangat tidak teratur.

c)       Pernahkah anda dengar pemasangan pagar tidak disahkan oleh pihak berkuasa tempatan?
 
Memang telah terbukti aspek keselamatan ini sangat penting dan ianya telah menjadi salah satu kriteria utama pembeli rumah. Di mana datangnya jiwa yang aman kalau hari-hari hidup dalam kerisauan memikirkan keselamatan keluarga kita.

Inilah keistimewaan projek Seri Binjai ini, sebab di Rahang, rumah-rumah teres yang ada di sana adalah rumah tidak berpagar dan guarded (F&G).