Thursday, January 1, 2015

2015 - Bangi Avenue Apartment by Trans Loyal

 

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai projek dan lokasi Bangi Avenue, boleh refer kat link  1. INI dan 2. INI dan 3. INI

Ini adalah salah satu projek yang aku looking forward untuk tahun 2015 ni. Dah register pun hari tu, just in case timing dia kena dengan aku punya komitmen. Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya kenapa Trans Loyal ni tak nak buat website? 

Kenapa aku berminat dengan apartmen kat Bangi Avenue ni?

a) Sebab harganya yang murah. Harapnya masih murah juga bila launch nanti.

b) Lokasi yang bersebelahan dengan Komuter Pekan Bangi Lama (tengok gambar di atas)

Diberitahu oleh developer akan ada 2 FASA iaitu FASA 1 dan FASA 2.

FASA 1 akan launch selepas Chinese New Year (CNY) 2015. Jadi pada sesiapa yang berminat tu masih ada masa lagi clearkan komitmen yang tak perlu.

Di beritahu juga saiz paling kecil adalah 705sqft dengan harga ~RM21Xk.

Terdapat juga saiz 968sqft dengan harga ~RM28Xk.

Kalau sesiapa yang baca Lowyat forum tu, ada forummer bagitahu harga bagi bagi 1370 sqft adalah ~380k.

Harga-harga dia atas masih belum finalize and subject to change masa actual launch nanti.