Monday, January 26, 2015

Cabaran Pencarian Shoplot Di Lembah Kelang

Sampai satu masa kita kena juga upgrade diri kita ni. Nilai semula portfolio kita, adakah kita masih berada ditakuk lama walaupun selepas 5 tahun++ mengenali dan menceburi jerit perih pelaburan hartanah ni. Carilah caranya (JV, cari mentor, join kelas hartanah utk shoplot) atau motivasikanlah diri kita untuk capai matlamat tu.

Sejak pertengahan tahun lepas, aku rasa aku harus move on. Rasanya nak UPGRADE portfolio pelaburan hartanah ni. Targetnya nak beli satu shoplot under-con sebelum akhir tahun.

Kenapa under-con? Jawapnya mudah - pelaburan aku sebelum ini semua under-con. Rasanya lebih selesa dengan pelaburan cara ni.

Ada beberapa kriteria yang aku letakkan sebelum membeli shoplot ini:

a) Facing Main Road - di lokasi yg strategik, nampaknya kriteria ni memang "almost impossible". Rupanya VVIP, kenalan developer, existing purchaser dah book siap-siap unit-unit yang cantik/strategik.

b) Budget - aku letakkan budget dalam 600-800k. Disebabkan constraint budget ni, aku terpaksa lupakan hasrat beli area KL/Selangor ni. JV aku tak pasti but mungkin later bila dah ada pengalaman sikit2 dengan komersil nanti.

Ada seorang kenalan (director of one company) offer aku good unit selepas VVIP dan director, malangnya harganya mencecah 1.5mil dan memang diluar kemampuan.