Saturday, January 3, 2015

Jadual Kelayakkan Pinjaman Perumahan Kerajaan Baru 2015

Berita gembira bagi penjawat awam pada tahun ini sebagaimana yang telah diumumkan dalam Budget 2015 lepas. Memang gembira sangat mendengarnya sebab bolehlah beli rumah satu lagi dengan kenaikkan kelayakkan ini. Saya dah survey-survey rumah baru (untuk utilize govt loan ni) tapi mungkin bukan di Kelang Valley kerana harganya yang sudah tidak mesra pengguna lagi.

Dulu memang dah pernah ambik loan kerajaan (refer kat SINI) dan sekarang rumah tu sudah diselesaikan sepenuhnya pinjamannya. Untuk rumah kedua ini, perancangannya nak ambik loan penuh iaitu jumlah beza kelayakkan semasa tolak jumlah pinjaman sebelum ini.