Monday, January 19, 2015

Kena Penalti RPGT 10% - Part 1

Sila baca berkenaan deposit 2% yang perlu dibayat kepada LHDN sebelum ini di SINI.

Cerita ini diberitahu minggu lepas oleh seorang member yang tengah pening sebab kena penalti 10%. Katanya lawyer yang tak bayar RPGT deposit 2% tu. Aku katakan padanya kalau lawyer silap mintaklah lawyer bayar penalti tu.

Bila tanya lawyer pula, lawyer kata dah bayar, memang ada pun resitnya.

Kenapa pula nak bayar 2% tetapi LHDN kata tak bayar lagi. Nak kena mengadaplah pulak LHDN ni.

Check punya check berpandukan resit tu, nombor akaun, unit jualan semua betul. Agak-agak sebab apa ye? rupa-rupanya...... bersambung esok..