Monday, January 5, 2015

Petua Permohonan Pinjaman Mudah Lulus 2015 - Part 1

Ada berita gembira pada Tahun Baru ini. Loan saya telah diluluskan pada hari ini dengan rate "BLR - 2.35" @ 30 tahun. Menurut banker, rate BR hanya akan digunakan bagi permohonan baru bermula pada 2 January 2015. Kiranya saya masih selamat.

Mungkin ramai yang dah baca di blog-blog lain mengenai petua atau tips untuk lulus pinjaman dengan mudah. Anggaplah tulisan saya ini sebagai tambahan ilmu kepada anda semua. Saya menulis berdasarkan pengalaman saya sendiri minggu lepas dan ia mungkin juga berguna untuk pembaca-pembaca semua. Ilmu yang baik itu kalau kita kongsikan kepada orang ramai... InsyaAllah murah rezeki kita nanti.

Pinjaman perumahan saya diluluskan dalam masa 4 hari. Pada tahun 2015 pula tu, yang sememangnya orang tahu peraturan bank sekarang sangat ketat dan sangatlah sukar untuk mendapatkan pinjaman.

Saya cuba kongsikan apa yang saya buat minggu lepas. Apa yang boleh saya katakan, kita perlukan sedikit ilmu juga semasa memohon pinjaman perumahan ini.

Pertamanya saya dapatkan maklumat terkini mengenai DSR panel bank bagi projek yang kita minat tu. 

Dalam bahasa mudah DSR adalah (Loan Rumah 1 + Loan Rumah 2 + Loan Kereta + Loan Personal + Loan2 Lain) / Nett Salary x 100.

Saya kumpulkan maklumat daripada 4 bank dan yang terbaik saya kongsikan di bawah. Nampaknya bank ini dah turunkan DSRnya kerana sebelum ini gaji 10k nett barulah dapat DSR 85%.

i. Untuk Nett Salary Gaji 0 hingga 2200 - DSR adalah 55%
ii. Untuk Nett Salary Gaji 2201 hingga 2700 - DSR adalah 60%
iii. Untuk Nett Salary Gaji 2701 hingga 5000 - DSR adalah 75%

iv. Untuk Nett Salary Gaji 5001 hingga 7600 - DSR adalah 80%
v. Untuk Nett Salary Gaji 7601 ke atas - DSR adalah 85%


vi. Untuk special case DSR > 85%, slow talk dengan banker, tanya betul-betul apa yang boleh membantu anda mendapatkan loan. Seorang banker memberitahu saya dia boleh ambil kira net-worth seseorang bagi komersil loan

Info Tambahan 


* Nett Salary tidak mengambil kira tolakkan EPF (for govt),Tabung Haji &. Dalam kes saya hanya Tax yang ditolak,
* Bonus dikira sebagai gaji tambahan.
* Sediakan fail lengkap mengenai rumah sewa anda
* Cetak semua elaun/OT e.g. untuk govt daripada e-maklum jika amaunnya tak masuk dalam slip gaji.
* Dividen ASB, Tabung Haji dsb boleh menambah Nett Salary anda. 

Kita sambung pada Part 2 nanti.