Thursday, January 15, 2015

Petua Permohonan Pinjaman Mudah Lulus 2015 - Part 2

Post kali ini ini adalah sambungan daripada entry INI.

Berapakah %DSR semasa saya ketika memohon pinjaman terakhir ini. Nak cakap pun malu sebab hutang-hutangnya sangatlah besar amaunnya. Senang cerita, %DSR saya memanglah lebih tinggi daripada anda-anda semua, lebih > 100% plus plus plus tu.

Jadinya saya terpaksa korbankan/ bayar habis salah satu hutang yang ada. Pilih punya pilih punya pilih punya pilih, punya pilih.. Hai berapa banyaklah pilih.... saya langsaikan hutang salah-satu kereta. Bulan-bulan bayar RM2400 kereta ni, so bila hutang dah langsai tu, ingatkan banyak kurang DSR tu. Tetapi bila kira-kira balik, rupa-rupanya masih tinggi lagi.

Seterusnya berdiskusi dengan Banker dan came out dengan cadangan-cadangan berikut:

a) Buat Tenancy Agreement baru untuk rumah sewa. Tenancy yang lama tu pun dah 10 tahun lepas, memang dah tak valid nampaknya. Masa naikkan sewa rumah pun gunakan SMS je, tak sign agreement baru pun.

- Sediakan penyata selama 6 bulan. Bank ini pula cuma ambik 80% daripada sewa bulanan. Katalah rumah sewa tu RM800, so bank ambik RM640 sahaja.

b) Clearkan Credit Card - Takde masalah

c) Sertakan EA form yang menunjukkan bonus masuk. Kalau bonus anda 12k setahun, jadinya anda ada tambahan 12k/12 = RM1000.

d) ASB - senang sahaja. Bank kira baki terakhir katalah 200k x 7.47% / 12 = RM1245

e) Sediakan 6 bulan overtime statement. Masalahnya bank ni ambik 50% sebab amaunnya tak konsisten.

Bersambung di Part 3.