Tuesday, February 17, 2015

Persoalan Bumi Lot

Saya pernah tulis berkenaan isu BUMI LOT di SINI.

Hari ini ada seorang pembeli EVO SOHO bertanyakan tentang status BUMI LOT. Untuk pengesahan hartanah berstatus "leasehold", memang kena contact lawyer dan biasanya lawyer akan check 2 benda iaitu SPA dan Title (SPAT).

Kalau tiada dalam 2 benda ini (SPAT), technically ia bukan BUMI LOT. Ia dipanggil "GREY AREA" atau "Unclassified" maksudnya kerajaan tempatan/ pihak berkuasa negeri yang akan menentukan hartanah itu BUMI LOT atau tidak.

Mari kita tengok BUMI LOT yang paling real, salah satu rumah yang aku ada  yang memang clearly MENTIONED BUMI LOT dalam title.

SEKATAN-SEKATAN KEPENTINGAN

Tanah yang diperuntukkan untuk Bumiputera ini apabila sahaja bertukar miliknya kepada seseorang Bumiputera/ Syarikat Bumiputera, maka tidak boleh terkemudian daripada itu dijual, dipajak atau dipindahmilik dengan apa cara sekalipun kepada orang yang bukan Bumiputera/ bukan Syarikat Bumiputera tanpa kebenaran pihak berkuasa negeri.


 

Peliknya rumah ini adalah berstatus FREEHOLD dan allocation unit adalah tetap daripada pejabat tanah (dan tak boleh ditukar) sebelum dijual kepada orang ramai. Aku siap kena bagi surat beranak sebelum dapat beli rumah ini.


Monday, February 16, 2015

Tahun 2015 - Mudahnya Beli Rumah

Berbanding tahun-tahun lepas, tahun 2015 inilah boleh dikatakan tahun yang mudah membeli rumah. Mungkin juga disebabkan ekonomi meleset dan harga rumah-rumah yang dah mencapai titik puncak.

Kalau tengok pelancaran rumah baru 95% daripadanya tak akan sold out dalam masa 3 hari. Takdelah macam 3 tahun lepas, nak beli rumah pun kena beratur 3 hari 3 malam. Sekarang ni hari-hari dapat SMS untuk beli rumah itu, beli rumah ini, sedangkan developer dah tahu, pembeli-pembeli rumah sekarang dah habis duit/ habis kuota.

Aku sempat booked satu rumah dalam bulan Januari lepas. Projek ini "hot" tapi tak habis juga lepas sebulan. Kalau dulu jangan haraplah nak dapat projek macam ni. SOLD OUT dalam masa sehari dan orang yang queue untuk cancellation pula panjang berjela.

Jadi gunalah kuasa pembeli anda dengan bijak. Gunakan masa yang ada, pilih yang terbaik untuk pelaburan hartanah anda.


Sunday, February 15, 2015

DwiPutra Residence, Putrajaya - Project Progress Feb 2015

Hari ini aku sempat join aktiviti berbasikal di Putrajaya sempena Sambutan Hari Wilayah - 2015. Join tu pun last minute, daftar hari Jumaat lepas (13/02). Kayuhan sejauh 34km itu dapat juga aku tamatkan dalam masa sejam setengah. Aku rasa sekarang better lagi cycling daripada larian 12km 100 plus hari tu, semput dan terkial-kial aku nak habiskan dalam masa sejam 40 minit. Orang lain aku tengok boleh lari rilek je, habis dalam masa sejam je.

Dalam masa kayuhan tu sempat snap gambo kat bawah ni:


Aku pernah tulis berkenaan kondo ni kat SINI , SINI dan SINI. Dulu memang dah berniat nak beli untuk long term investment, malangnya masa tu banyak sangat pilihan yang lebih baik. Memang lambat habis pun fasa satu tu dulu.

Kalau dikutkan dah Fasa 1 dah naik sampai tingkat atas tu. Aku pernah tulis yang kondo ni akan naik lebih MYR500psf bila siap nanti tapi tengok senarai harga terkini pun dah MYR550psf. Perghh mungkin kesan anjakan paradigma dan terlajak laris disebabkan IOI City Mall dan kondo sekitarnya yang dijual dengan harga 600-700psf.

Tiada sapa kata rugi membeli rumah? Tepuk dada taya selera.

Monday, February 9, 2015

Kena Penalti RPGT 10% - Finale

Entry ini merupakan sambungan daripada kisah INI

a) Resit dah ada untuk payment 2% (CHECK)

c) Borang dah isi sebelum tempoh 60 hari, cop terima drp LHDN pun dah ada (CHECK)



Jenuh memikirkan kenapalah kena penalti juga ni.



Rupa-rupanya resit tu dibayar ke atas akaun CKHT yang betul

... tetapi di branch LHDN yang silap.

... instead of Menara PGRM, Cheras, lawyer dah terbayar ke branch Jalan Duta.


Tak faham aku ada juga system bayaran macam ni dalam tahun millenium canggih manggih tahun 2015 ni.


Sunday, February 8, 2015

Berapakah Cukai Taksiran di Putrajaya

Agak-agaknya berapakah cukai taksiran untuk duduk di kawasan perumahan hebat yang dikelilingi bangunan-bangunan yang cantik dan tasik-tasik yang nyaman.


Jumlahnya adalah RM1,520 setahun. Itulah harga yang perlu dibayar untuk duduk di Putrajaya. Kedengarannya mahal kan? tetapi rasanya berbaloi dengan suasana / kemudahan yang disediakan seperti:

a) Bila balik kerja keluar dari MEX dan masuk Putrajaya, hilang rasa pening disebabkan kerja dan keadaan pemanduan di KL.

b) Berpuluh-puluh taman yang cantik, pilih je yang mana satu nak jogging, cycling atau berdating.

c) Pusat Komuniti yang penuh dengan aktiviti.. senang nak swimming, library yang penuh dengan majalah-majalah baru

Walaupun begitu, ada juga benda-benda yang tak menarik untuk diceritakan bila duduk di kawasan Pusat Pentadbiran Kerajaan ni. Rasanya tak perlulah diceritakan sebab tak kisahlah kat mana kita duduk, bila kita dah suka/ selesa dengan tempat tu, yang buruk pun semuanya nampak hebat belaka.

Sunday, February 1, 2015

Petua Permohonan Pinjaman Mudah Lulus 2015 - Part 3

Sila baca entry sebelum ini PART 1 dan PART 2.

Langkah seterusnya adalah sangat penting iaitu Penyata CCRIS.

Apakah itu CCRIS?
CCRIS (Central Credit Reference Information System) ini kiranya macam report card kita yang merupakan sistem pangkalan data berkomputer yang menyimpan maklumat pinjaman kita yang telah dilaporkan oleh setiap institusi kewangan. Kalau kita bayar on time, baguslah report card kita.. dia akan tunjuk indicator "0", Kalau bayar lambat dapatlah indicator tak bagus "1" dan seterusnya.

Yang lecehnya kita tak boleh dapat penyata ini online (ada sesiapa yang pernah dapat online?/ atau mail mungkin boleh share info). Kena pulak nak pergi bangunan BNM kat KL tu. Memang bercinta betullah area itu. Dahlah depan bangunan BNM tu ada bulatan yang sangat mengelirukan. Banyak kali aku termasuk jalan yang salah, gps pulak dok recalculating..recalculating. Dan takde parking yang proper dekat2 situ, parking kat tepi jalan tu kena samanlah pulak nanti. Yang senangnya naik LRT/ or KTM, turun dekat2 area Bank Negara. 

Mengikut pengalaman aku sebelum ini, kalau aku tak sempat print CCRIS ni, memang confirm loan aku akan ada masalah. Jadi untuk loan yang terbaru ni, aku print CCRIS dan dah nampak dah, macam ada 2-3 masalah di situ.

Masalah 1
Credit Card company (American Express) menunjukkan indicator "1" setiap bulan. Lepas tu, ada pulak claim travelling dalam 24k dalam tu yg belum lagi clear.
- kenalah explain claim ni selalunya lambat sebab prosesnya slow.
- kena clarify 24k tu duit company. Tak emboh aku nak naik flight semahal ini utk personal.

Masalah 2
Personal Credit Card pulak dah nak dekat 70% credit limit. Sila tanya banker macamana dia kira % credit card dalam DSR sebab lain bank lain pengiraannya. Silalah clearkan credit card ni, settlekan terus hutang atau tinggalkan 25-30% je hutang tu.

Masalah 3
Masalah satu loan tapi keluar 2 kali dalam CCRIS. Yang aku pelik amountnya sama tapi kod loan-nya berlainan. Bank still akan kira sebagai 2 loan. Aku dah perasan masa apply loan Evo Soho dulu. Ingatkan dah settle, rupa-rupanya masih appear kat situ. Nasib baik aku masih ada simpan surat daripada bank yang mengatakan loan tu satu je..

Masalah 4
Ada dua bulan loan kereta yang menunjukkan indicator "1", walau it's not really a big deal, aku just bagi supporting documents yang mengatakan aku guna online banking kat US, kat akaun tolak tapi loan tak tolak. Ni kes naya, masalah android yang orang bising2 4-5 bulan lepas.

Masalah 5
Kalau korang ada loan dengan bank E* yang bangang (bunyi kasar sikit!), loan dan MRTA/legal account, memang asing-asing. Kalau ada dua loan dengan bank E* ni, nampak macam ada 4 loan. Dalam CCRIS memang nampak macam ada 4 loan yang tiada kaitan antara satu sama lain. Sebab aku dah biasa sangat dengan masalah ni, aku memang sentiasa printkan semua loan offer letter ni siap-siap.

Offer Letter
Aku memang print setiap loan offer letter yang appear dalam CCRIS. Kalau ada 6 loan, 6 offer letterlah aku print untuk apply loan. Biasanya bank ni ada kiraan yang agak pelik dan selalunya tinggi daripada ansuran bulanan yang ada dalam offer letter tu. Kalau kita dah ada offer letter ni, tak bolehlah bank buat kiraan lain.

Bersambung di Part 4