Friday, April 10, 2015

Misi Pencarian Hartanah April - Part 1

Hari ni genap sebulan dah blog ni dah takde posting baru. Banyak benda yang berlaku tapi tak tahu nak start daripada mana. Mungkin boleh start dengan pembelian terbaru saya baru-baru ini.

Saya book satu rumah kedai setingkat di kawasan perumahan mampu milik berharga RM400k baru-baru ini. Rumahnya memang teringin juga nak beli tapi tak layak, tapi kedainya boleh - tiada restrictions.

Kenapa saya beli?
a) Tepi jalan besar
b) Unit kedai ni limited - cuma ada 16 sahaja
c) Rumah Mampu milik ada 500 unit untuk fasa satu. Dan dengarnya akan ada fasa seterusnya.
d) Berdekatan dengan Pusat Pengajian Tinggi Awam

Cabaran 1
1. Untuk dapatkan unit ni bukan mudah. Cabarannya tak semudah membeli rumah resindential. Semuanya kena ada orang dalam. Kawan bos, sedara mara bos, VIP etc. Project kedai-kedai yang bagus memang akan sold out even before launch. Kalau adapun unit-unit belakang.

Mula-mula sampai, semua unit dah kena booked. Memang hampa sangat2. Aku tak kenal sesiapa dalam tu. Kalau ada, boleh bagi duit kopi sikit-sikit or JV.

Aku ambik number phone sales manager, buat baik2 dan berlakon macam orang berduit. Macamana tu - mudah je, speaking, cerita sikit2 your current portfolio sebab manager ni pun biasanya nak cari contact juga untuk future project dia, pakai baju branded (contohnya kalau ada baju yang tulis Hackett besar2, pakailah yang tu, kalau ada kete bagus parking depan2 biar dia nampak. Biar dia ingat kita. Marketing strategy tu. Patutnya Sales yang buat marketing, ni dah terbalik.

Bermula sesi meng"harassment", setiap sehari or dua hari aku akan call. Jawapannya memang mengecewakan.