Monday, April 20, 2015

Misi Pencarian Hartanah April - Part 2

Apa perasaan anda bila dah nak habis bulan April ni, tapi satu rumah pun tak dapat nak beli lagi untuk tahun 2015 ni. Daripada tahun lepas dok tunggu harga rumah turun. Tapi umpan tak mengena lagi...

Aku sekarang pun dah agak kurang berminat beli rumah, salah satu sebabnya adalah beli rumah ni, aku kena fork out 30% deposit. Duit pun dah tak berapa nak ada sekarang ni. Aku pun bukannya orang senang dengan modal juta-juta. So minatnya kini beralih arah membeli kedai. Aku cari kedai mampu milik dan murah2 sahaja ye ikut kemampuan. Lagipun kedai ni tak kena LTV70%, so depositnya cuma 5 to 10%.

So far Alhamdulillah kedai pertama dah invoice 90%, so 10% je aku kena GST. Satu lagi kedai dah invoice 70%, so 30% je kena GST.

Sambungan cerita kedai Part 2 ni, aku kena tunggu 3 bulan ++ sebelum dapat sambar kedai ni. Memang tak jemu-jemu aku call, kiranya bersungguh betullah, berpantang sebelum ajal. Masa bulan Januari hari tu aku tengok semua dah SOLD OUT. Februari pun sama. Tapi rezeki datang bulan March, bila aku call manager tu cakap ada 2 unit lagi yang belum bayar booking, termasuk satu unit corner.

2 unit ni adalah milik Jabatan Penjara dan satu lagi Koperasi apa entah, aku tak ingat. Yelah namanya pun kedai mampu milik. Dia bagi masa 2 minggu.

Pada hari yang dijanjikan, aku marah-marah jugak manager tu sebab asyik bertangguh je. Rasanya mungkin orang dalam masih tak nak lepaskan kedai tu.

Masa tu aku masih tak berhenti berharap. Mungkin juga dia dah tak larat layan aku kot. Last-last dia bagitahu it's now open for SALE both utk inter & corner. Mata aku dah bersinar nampak bulan dan bintang nak ambik corner tu.

Ni cerita benar. Nak dijadikan cerita , masa aku otw nak book tu, aku dapat call yang mengatakan unit corner tu dah terjual. Orang Koperasi tu dah datang. Memang "drama" betullah. Dah hampir sangat aku masa tu nak sampai office dia. Memang ditakdirkan rezeki aku tiada berjodoh dengan unit tepi. Aku ambik jugalah unit inter tu sebagai mengubat hati yang kecewa. Bila dah beli unit ni baru aku bukak cerita kat member2. Rupa2nya ada jugak member-member yang berminat. InsyaAllah projek lain di lain masa. Seba untuk projek ni pun aku gayanya macam peminta sedekah.

Fasa seterusnya adalah mencari loan. Loan aku kali ni memang susah nak lekat. Untuk rekod, sehingga hari ni masih belum ada bank yang sudi bagi loan kat aku ni. Aduishhh..